Siap dibaikpulih, 'The American Dream' makin panjang, 30.54 meter!

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingat pada kereta terpanjang di dunia ini?

Menurut laporan daripada Guinness World Record, kereta yang dikenali sebagai 'The American Dream' itu kini sudah pun siap dibaik pulih setelah tersadai selama beberapa tahun dengan kondisi yang cukup menyedihkan.

Proses restorasi berjumlah $250,000 itu dibiayai oleh pembeli dan juga pengumpul koleksi kenderaan, Michael Dezer di mana beliau bekerjasama dengan pemilik terdahulu, Michael Manning untuk membawa kereta panjang ini dari Nassau Conty, New York ke Orlando.
 

terbelah


Disebabkan terlalu panjang, kereta ini perlu 'dibelah' dua terlebih dahulu sebelum dicantumkan semula di lokasi restorasi.

Proses baik pulih turut merangkumi bahagian luar, ruang kabin, baik pulih enjin asal, serta menaiktaraf kemudahan seperti kolam renang, padang golf mini dan jacuzzi.
 

panjang


Setelah siap, The American Dream ini mempunyai ukuran yang lebih panjang, iaitu sekitar 30.54 meter dengan jumlah roda sebanyak 26 unit, dua unit enjin V8 (satu di depan, satu di belakang), dan keupayaan membawa penumpang seramai 75 orang.

Ia turut mempunyai helipad yang mampu menampung beban seberat 2,268 kg!

Ya, disebabkan terlalu panjang untuk dipandu, kereta yang sudah siap dibaikpulih ini akan ditukarkan menjadi bahan pameran yang terletak di muzium automotif Dezerland Park, Orlando.

 

Sumber: Guinness World Record