Shinkansen N700S - tren halaju tinggi dengan pek bateri ekstra

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah model keretapi peluru yang baharu telah pun dilancarkan di Jepun baru-baru ini memperlihatkan sebuah ciri penyelamat yang tidak ada pada keretapi peluru yang lain - pek bateri terbina!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Shinkansen N700S (N700 Supreme) ini dilengkapi dengan pek bateri jenis lithium-ion tambahan yang membolehkan keretapi terus bergerak pada kelajuan yang rendah ketika berlaku gangguan bekalan kuasa - seperti contoh gempa bumi. 

 


Jepun sepatutnya melancarkan N700S ini bersempena dengan pembukaan sukan Olimpik 2020 yang kini ditangguhkan ke tahun 2021. 

Secara kebetulan, laluan yang bakal digunakan oleh N700S ini - Tokaido Shinkansen - sebenarnya dibuka pada tahun 1964 bersempena dengan sukan olimpik di Tokyo, dan ia menjadi laluan keretapi laju pertama di dunia pada ketika itu.

 


Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada N700S ini termasuklah rekaan yang mampu mengurangkan kadar rintangan angin dan bunyi, serta tren kelajuan tinggi pertama di dunia yang mampu menukar sumber kuasa ketika berlaku gangguan bekalan kuasa. 

Selain daripada itu, untuk keselesaan penumpang, rekaan kerusi telah ditambahbaik, serta terdapat slot kuasa di setiap tempat penumpang. 

 


Malah, terdapat sistem pencahayaan yang mampu memberikan peringatan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam ruang meletak barang. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…
Berita Domestik
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negara tersebut…