Shinden Nana - superbike elektrik dari Mugen untuk 2018 TT

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan Mugen nampaknya memang akan bertanding di dalam perlumbaan 2018 TT Zero dengan penunggang Bruce Anstey, John McGuiness dan Lee Johnston yang bakal menunggang jentera terbaharu Mugen - Shinden Nana.

Untuk yang tidak tahu, perlumbaan Zero TT sudah acapkali dikuasai oleh pembuat motosikal Jepun dan Mugen kali ini bukan sahaja menggunakan khidmat penunggang profesional, tetapi juga mesin perlumbaan baharu.

Walaupun sebenarnya lebih kurang sama dengan jentera Shinden Roku tahun lalu, Shinde Nana oleh Mugen ini datang dengan fairing depan baharu yang membantu aliran udara sejuk ke dalam ruang motor dan bateri elektrik.

 

 

Ia juga membantu dari segi aerodinamik. Showa akan setia membekalkan sistem gantungan sementara Nissin akan menjamin Nana mampu berhenti dengan selamat.

Kuasa maksimum 163.2 PS dengan tork 210 Nm, ia menggunakan bateri Lithium-ion.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…