Shell tukar nama serta lokasi ibupejabat ke London

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai yang tidak tahu bahawa syarikat petrolium gergasi Shell sebenarnya adalah gabungan dari dua syarikat besar, Royal Dutch Petroleum Company dari Belanda dan Shell Transport and Trading Company dari UK.

Kumpulan Royal Dutch Shell ditubuhkan dalam bulan April 1907 dan terus berkembang pesat sehingga ke hari ini.

Dalam tahun 2004, ia menukar namanya kepada "Royal Dutch Shell Group" yang beribu pejabat di Amsterdam. Namun begitu, cabaran pencukaian negara Belanda yang mencabar dan juga  polisi berkaitan iklim dunia yang menekan memaksa ia untuk menamatkan struktur dua pemegang sahamnya dan memindahkan ibupejabat Shell ke London.

Shell sudah sekian lama "berperang" dengan kerajaan Belanda berkaitan polisi negara itu memegang 15 peratus dari dividen atas alasan pencukaian dan ini menyebabkan gergasi petrolium itu tidak lagi menarik kepada pelabur-pelabur antarabangsa. 

Menurut laporan media, lembaga pengarah Shell membuat keputusan untuk menukar namanya ke "Shell plc" pada 20 Disember 2021. Bursa saham London dan Amsterdam akan turut mengubah nama syarikat itu bermula 25 Januari ini sementara Bursa Saham New York pula akan melakukan yang sama bermula 31 Januari.

Perubahan itu walaubagaimanapun tidak akan menukar pemilikan saham A dan B, ujar Shell. Saham-saham itu akan ditukar kepada pemilikan tunggal bermula 29 Januari.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…
Berita Global
  Shell dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menghentikan operasi di kilang utama LNG,…
Berita Domestik
Bermula 1 Mac hingga 30 April 2022, pemegang kad BonusLink akan menerima baucar Shell bernilai RM5…