Shell tawar ganjaran RM20,000 sempena tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa minggu sahaja tirai 2019 bakal dilabuhkan, Shell Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen terbaharu 'Nak Ekstra RM20,000' sebagai salah satu cara menyambut kedatangan tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen yang berlangsung bermula dari 1 Disember 2019 sehingga 9 Februari 2020 itu menawarkan para pelanggan Shell peluang untuk mendapatkan duit ekstra RM20,000 setiap minggu. 

Tidak ketinggalan, 20 orang pelanggan yang bertuah akan turut menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap minggu. 

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "seperti Shell FuelSave 95 yang direka untuk lebih kilometer, kami berharap dengan ekstra tunai RM20,000 ini mampu membantu pelanggan mendapatkan apa yang diidamkan.

"Tidak kira yuran kolej, pakej umrah, bayaran bil atau duit muka untuk sebuah kereta baharu, Shell mahu memberikan peluang permulaan tahun 2020 yang lebih baik kepada pelanggan kami," ujarnya.

Dua langkah mudah untuk menyertai kempen terbaharu dari Shell Malaysia ini:

  • Belanja minimum RM40 di mana-mana stesen minyak Shell di dalam satu resit
  • Hantar butiran peribadi menerusi borang peraduan beserta resit, atau imbas kod QR dan hantar butiran peribadi secara dalam talian. 


​​​​Selain daripada 'Ekstra' yang disebutkan tadi, Shell juga menawarkan ganjaran tambahan kepada pelanggannya Disember ini dengan kerjasama Touch 'n Go dan BonusLink.

Bermula tempoh yang serupa, para pelanggan akan menerima cashback RM5 apabila mereka berbelanja minimum RM40 di dalam satu resit dengan syarat, mereka perlu melengkapkan transaksi menerusi eWallet Touch 'n Go. 

Tawaran khas ini dihadkan kepada dua cashback sahaja untuk sebulan, dan terhad kepada 300,000 transaksi terawal sahaja di Shell. 

Selain daripada itu, menerusi kad BonusLink, setiap pelanggan Shell akan menerima 10x mata ganjaran BonusLink Points untuk setiap 1 liter bahan api yang dibeli dan disertai dengan leretan kad BonusLink. 

Pada tarik 12 Disember 2019, mereka boleh menebus mata ganjaran untuk menerima rebat sehingga 50 peratus, tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Randstad bagi Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata pencapaian Shell…
Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…