Menerusi kempen ini, baucar Shell bernilai RM5 akan diberikan untuk setiap 200 mata ganjaran BonusLink yang dikumpul sepanjang bulan November dan Disember 2021 ketika membuat pembelian di stesen minyak Shell di seluruh negara.
Para pelanggan bebas untuk membuat apa jua transaksi seperti pembelian bahan api, snek, konfeksionari, Costa Coffee atau apa jua barangan yang diperlukan ketika membuat perjalanan hujung minggu.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu meleretkan kad BonusLink atau menggunakan aplikasi BLINK ketika membuat pembelian di stesen minyak Shell.
Baucar RM5 akan terus dihantar ke aplikasi BLINK atau emel yang berdaftar dengan BonusLink setelah 200 mata ganjaran BonusLink berjaya dikumpul.
Malah, dengan poin BonusLink dan e-baucar yang terkumpul, pelanggan boleh menebus ganjaran khas dalam kedai serendah 100 mata ganjaran BonusLink untuk mendapatkan barangan seperti sosej Deli2go Firecracker, Vanilla Sultana roll, Keropok Ikan Shell Select dan macam-macam lagi.
Pelanggan yang pertama kali mendaftarkan diri menggunakan aplikasi BLINK akan menerima baucar Shell bernilai RM4 dan 100 mata ganjaran BonusLink sebagai hadiah alu-aluan.