Kempen yang akan bermula pada 16 November sehingga 30 April 2021 ini memberikan peluang kepada para pelanggan Shell untuk mengumpul poin BonusLink lebih pantas berdasarkan prinsip ganjaran berganda - lebih banyak pembelian dibuat dalam masa sebulan, lebih besar ganjaran yang diperoleh.
Untuk memastikan pelanggan mendapat ganjaran yang lebih, mereka hanya perlu sekadar meleretkan kad BonusLink dan membuat pembelian minimum RM50 untuk mana-mana bahan api Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97, atau Shell V-Power Racing di dalam satu resit.
Pelanggan hanya akan mendapat mata ganjaran tambahan bergantung kepada mata yang dikumpul untuk setiap pembelian, malah mereka akan dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya mereka mengumpulkan jumlah transaksi tertentu dalam masa satu bulan (rujuk jadual di bawah).
Dengan setiap mata yang terkumpul, para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan serendah 100 mata BonusLink untuk mendapatkan barangan seperti:
- tin Milo Original 240 ml
- snek Roller Coaster 60 g (pelbagai perisa)
- Mighty White Smoky BBQ Bun
- SELECT Antibacterial Wipes (15's)
Bagi mereka yang mahu menjadi ahli BonusLink boleh berbuat demikian di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara, atau pendaftaran menerusi aplikasi BonusLink yang boleh dimuatturun dari Apple App Store atau Google Play Store.
Terma dan syarat boleh dirujuk di SINI.