Shell stesen minyak pertama capai piawai bangunan hijau GBI di Asia Pasifik

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shell Trading (M) Sdn Bhd baharu sahaja mengumumkan dua buah stesen minyak pertama yang menerima pengiktirafan Green Building Index (GBI) iaitu Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught. 

Pengiktirafan GBI ini digunakan sebagai satu tanda aras bagi mempromosikan pembinaan bangunan yang mesra alam, mampan serta mampu meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar. 

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato' Saifuddin Nasution Ismail di Shell Damansara Jaya, siang tadi. 

 

 

Antara langkah-langkah yang diimplementasikan pada stesen minyak Shell pada masa akan datang termasuklah:

 

1. Sistem solar Photo Voltaic (PV) untuk menjana elektrik pada waktu siang. 

2. Penggunaan cat yang mampu mengurangkan kadar kenaikan suhu dalam bangunan, seterusnya mengurangkan kadar penggunaan tenaga

3. Siatem pemantauan tenaga (EMS) bagi mengawal penggunaan elektrik dan api

4. Penggunaan saluran paip jimat air bagi menggantikan paip konvensional mengurangkan sehingga 60% atau 310 meter padu setahun. 

5. Lampu LED digandingkan dengan alat pengesan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga

 

 

6. Ciri tambahan seperti ruang parkir EV dan parkir carpool bagi menggalakkan perkongsian kenderaan. 

7. Ciri paparan elektronik pada pintu masuk stesen minyak memaparkan informasi penggunaan tenaga semasa seperti elektrik, air, suhu serta kadar pengurangan karbon yang dicapai. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…