Shell Select pertama dengan Bingobox dilancarkan - kedai serbaneka 24 jam pertama nirtunai

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kedai serbaneka Shell Select yang dikuasakan oleh BingoBox Retail Technology yang beroperasi selama 24 jam tanpa pekerja dan menawarkan sistem pembayaran nirtunai (cashless) di Shell Tezz Enterprise, Jalan Tun Razak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi pembukaan Shell Select yang dikuasakan oleh Bingobox Retail Technology ini, para pengguna boleh membeli barangan yang diperlukan pada bila-bila masa dan menikmati kemudahan transaksi elektronik tanpa perlu membawa wang tunai. 

Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "Kami di Shell berasa bangga kerana menjadi yang pertama memperkenalkan inovasi baharu ini kepada para pelanggan kami."

"Kami percaya dengan Shell Select yang dikuasakan oleh BingoBox Retail Technology ini mampu menjadikan kehidupan seharian lebih mudah, dan para pekerja kami akan lebih mampu menolong memenuhi kehendak pelanggan, dan dalam masa yang sama memastikan para pelanggan berpuasa hati dengan servis yang kami tawarkan," tambah beliau. 
 


Untuk mengakses Shell Select BingoBox Retail Technology ini, para pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang tersedia di aplikasi BingoBox menggunakan peranti pintar mereka. 

Kemudian, mereka boleh menetapkan item yang ingin dibeli pada kaunter keluar yang akan memberikan jumlah sebenar transaksi yang dibuat. 

Bayaran boleh dilakukan menerusi kad debit, kad kredit, aplikasi BingoBox dan juga e-dompet Boost. 

Menurut salah seorang daripada pelanggan pertama Shell Select yang dikuasakan oleh BingoBox Retail Technology, Wan Shahril berkata, "Saya baru sahaja melakukan pembelian pertama dan ia sangat memudahkan!"

"Memandangkan saya banyak menghabiskan masa bekerja lewat malam, ia amat menyenangkan saya untuk memilih pelbagai barangan untuk memastikan saya kekal bertenaga sepanjang malam," tambah beliau. 
 


Seorang lagi pelanggan, Roxanne mengiyakan pendapat yang dikemukakan oleh Wan Shahril dan menambah, "kini saya boleh melengkapkan pembelian dengan cepat hanya dengan menggunakan e-dompet untuk membeli barangan keperluan, di samping persekitaran Shell Select yang selamat memberikan pengalaman membeli belah yang lebih baik."

Dengan pengenalan Shell Select yang dikuasakan oleh BingoBox Retail Technology ini akan mengubah tanggapan rakyat Malaysia terhadap pengenalan kedai serbaneka tanpa pekerja dan teknologi nirtunai pada masa akan datang. 

Menurut Ng Seong Ping, CEO Scientific Retail Sdn Bhd selaku wakil tempatan BingoBox berkata, "Kami berasa amat berbangga dipilih selaku rakan kongsi di dalam inovasi serba unik ini bagi memberikan lebih kemudahan kepada rakyat Malaysia."

"Menerusi teknologi yang dibawakan oleh BingoBox Retail Technology, kami mampu menyediakan pengalaman membeli belah yang lancar di Shell Select, bila-bila masa yang diperlukan," ujar beliau lagi. 

 


Rakyat Malaysia boleh memuat turun aplikasi BingoBox menerusi App Store (iOS) atau Google Play Store (Android), membeli belah di Shell Select yang dikuasakan oleh BingoBox Retail Technology dan menikmati kemudahan transaksi nirtunai. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Costa Coffee yang merupakan jenama kopi kedua terbesar di dunia kini telah melancarkan servis…