Shell Rimula Ultimate Stopover bakal bawa tujuh pelanggan bertuah ke Dubai

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai menghargai usaha para pelanggan minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula, Shell menawarkan percutian selama empat hari tiga malam kepada tujuh orang pelanggan bertuah ke Dubai.

Percutian itu merupakan sebahagian daripada program Shell Rimula Ultimate Stopover yang dijangka berlangsung pada 13 hingga 17 November.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi program Shell Rimula Ultimate Stopover ini, mereka yang bertuah berpeluang untuk menimba ilmu berkenaan inovasi terkini di dalam teknologi enjin dan pelincir yang dihasilkan bagi membantu tugasan harian.

Peserta juga berpeluang mempelajari secara amali menerusi demonstrasi teknikal berhubung teknologi yang digunakan oleh minyak enjin supaya berfungsi dengan cemerlang dan kemudian menunjukkan kemahiran mereka menerusi pemanduan off-road bertempat di padang pasir Dubai. 
 


"Shell Rimula Ultimate Stopover meraikan komitmen terhadap usaha yang gigih di samping menawarkan peluang bercuti sekali seumur hidup ke Dubai - bandar ikonik di mana masa depan telah menjadi kenyataan dalam kehidupan harian," ujar Baljit Singh, Pengurus Besar Shell Lubricants.

Bagi melayakkan diri menyertai percutian di Dubai, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin diesel tugas berat Shell Rimula dan melengkapkan borang penyertaan dalam talian menerusi laman web www.shell.com.my/rimula_uso.

Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum 31 Julai 2018.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari promosi Shell menerusi laman web www.shell.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…