SHELL RIMULA JANGKA PERTUMBUHAN DALAM SEGMEN PELINCIR TUGAS BERAT PREMIUM 

oleh Hamimah Hamid|
SHELL Malaysia menyifatkan kejayaan jenama minyak enjin tugas berat (HDDEO), Shell Rimula di Malaysia tahun lalu sebagai hasil kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama dengan rakan niaga syarikat tersebut.
 
Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, pihaknya menghargai semangat serta sokongan pengedar setia dan pengguna akhir syarikat yang meletakkan Shell Rimula sebagai HDDEO terlaris di Malaysia setiap tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kerjasama erat yang dijalinkan selama ini menjadikan kita kian mantap dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar di peringkat global dan tempatan,”katanya. 

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Rimula edisi 2023 di Kota Kinabalu, Sabah yang dihadiri kira-kira 300 tetamu.

 

Menurut Kam Yew, peluang pertumbuhan dalam segmen HDDEO sintetik premium juga di dorong oleh permintaan industri pengangkutan yang semakin meningkat.

 

Perkara itu katanya, dilihat sebagai penyelesaian yang boleh mempertingkatkan kecekapan bahan api dan menghasilkan emisi yang lebih rendah.

 

Menurut Kam Yew, beliau akan terus meneroka peluang yang ada dalam sektor ini walaupun terdapat peralihan tenaga kuasa utama dari bahan api ke elektrik bateri. 

 

"Di Asean, 85% kenderaan pengangkutan masih lagi menggunakan diesel walaupun terdapat peralihan di peringkat global ke arah penggunaan BEV atau kenderaan elektrik bateri. 

 

"HDDEO berkualiti tinggi seperti Shell Rimula memainkan peranan penting dalam menyokong operasi kenderaan diesel serta menggerakkan ekonomi, pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon industri,”katanya.

 

Sektor pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada prestasi Shell Rimula bagi tahun ini. Rangkaian pelincir sintetik premium jenama ini terbukti mampu membantu pemilik flit beroleh keuntungan tanpa mengorbankan tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

 

Dalam percubaan sebenar di lapangan yang melibatkan pemilik flit Malaysia di seluruh negara, pelincir sintetik seperti Shell Rimula R4 Plus, Rimula R5 LE dan Rimula R6 LM berupaya memberikan penjimatan kos begitu signifikan.

 

Bukan itu sahaja, ia turut memberi perlindungan enjin yang unggul daripada kehausan dan keupayaan untuk kekal dalam gred lebih lama. 

 

Menurut Shell, ia berupaya membantu memanjangkan selang penukaran minyak supaya kenderaan boleh beroperasi lebih lama dan jumlah kos pemilikan dapat dikurangkan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Rimula, sila layari www.shell.com/rimula.

 

 

 

Penulis: Firdaus Razani