Shell Recharge lancar rangkaian HPC Pantai Timur-Pantai Barat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Shell Malaysia baru-baru ini telah melancarkan rangkaian Pengecasan Berprestasi Tinggi (HPC) pertama di Malaysia yang menghubungkan Pantai Timur ke Pantai Barat, menawarkan pengecasan pantas sehingga 180kW.

Ini merupakan satu langkah penting dalam memperluaskan infrastruktur EV, melengkapkan rangkaian pengecasan dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan menyokong laluan Utara-Selatan antara Johor dan Perak.

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti dan Kemudahan Shell Malaysia, pelancaran itu bertujuan merapatkan jurang pengecasan ultra-pantas di Pantai Timur serta meningkatkan keyakinan pengguna EV untuk perjalanan jarak jauh, terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter turut menyatakan komitmen Porsche Malaysia dalam memperluaskan rangkaian HPC untuk kemudahan pelanggan.

 

2

 

Dengan teknologi pengecasan pantas Shell Recharge, model EV Taycan dan Macan kini boleh dicas dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa hanya 18 hingga 21 minit menggunakan pengecas DC berkuasa tinggi.

Apabila tapak HPC Shell di R&R Temerloh (arah KL) beroperasi, Shell akan mempunyai 13 stesen HPC di Semenanjung Malaysia, membolehkan EV dicas daripada 0 peratus ke 80 peratus dalam kira-kira 30 minit.

Selain pengecasan pantas, stesen Shell di sepanjang laluan utama juga menawarkan ruang rehat, kedai serbaneka, dan Shell Café untuk keselesaan pemandu EV.

 

3

 

Sempena perayaan Aidilfitri, Shell akan menawarkan rebat kredit eksklusif kepada pengguna EV yang mengecas di tapak Shell Recharge HPC di Lebuhraya Pantai Timur dari 24 Mac hingga 4 April 2025.

Ahli Platinum akan menerima rebat 100 peratus, sementara ahli Gold dan pengguna lain akan menerima rebat 50 peratus, dikreditkan dalam tempoh tujuh hari selepas kempen berakhir.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Recharge HPC, sila layari laman web Shell Recharge.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran aplikasi ini mengukuhkan lagi usaha Shell dalam memperluaskan jaringan Shell Recharge…
Berita Domestik
Hab pengecasan itu terdiri daripada 10 ruang pengecasan, dengan empat daripada ruang titik…
Berita Domestik
Hab itu merangkumi empat pengecas prestasi tinggi DC dengan 360 kW dan bakinya ialah pengecas AC…