Neeraj Kumar N Krishna Kumar yang berasal dari Pulau Pinang menerima hadiah berupa sebuah BMW X3 xDrive30i Luxury setelah menyertai peraduan Menangi 3 BMW X3.
Pemenang pertama, Neeraj Kumar ketika dihubungi berkata, "apabila saya menerima panggilan daripada BonusLink, saya tidak percaya hadiah yang bakal saya terima adalah BMW X3!
"Saya merupakan pelanggan setia Shell semenjak memiliki kereta pertama lagi, namun tidak pernah menyangka akan menerima hadiah sebesar ini dengan hanya meleretkan kad BonusLink di Shell.
"Terima kasih kepada Shell dan BonusLink kerana memberikan saya hadiah yang cukup bermakna buat diri dan keluarga saya," ujar beliau mengakhiri bicara.
Untuk menyertai peraduan tersebut, para pemegang kad Bonuslink digalakkan untuk membeli mana-mana produk pelincir Shell, bahan api Shell, atau apa jua barangan di premis Shell Select kecuali barangan tembakau, E-Pay dan Touch 'N Go.
Dengan jumlah minima RM40, ahli Bonuslink layak menerima satu penyertaan untuk memenangi hadiah berupa BMW X3, atau Baucer Shell bernilai RM300.
Peraduan ini bermula dari 23 September lalu sehingga 24 November 2019 dan para pemenang peraduan ini juga akan dianugerahkan mata tambahan Bonuslink sebanyak 30,000 dengan hanya meleretkan kad Bonuslink di Shell dan rakan niaga Bonuslink sepanjang tempoh peraduan.
Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "kami amat berbangga menganjurkan peraduan bersama BonusLink bagi memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami.
"Secara global, Shell merupakan rakan teknologi premium kepada BMW Motorsport, dan kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan BMW Group Malaysia untuk menawarkan tiga unit BMW X3 sebagai hadiah utama.
"Menerusi kempen ini, kami berharap agar dapat menjadikan perjalanan anda lebih baik dengan memberikan peluang memiliki sebuah kenderaan yang selesa, selamat dan mampu pergi dengan lebih jauh.
Sepanjang tempoh peraduan, BonusLink akan mengadakan jerayawara di bandar-bandar utama seluruh Malaysia di mana lokasi pertama akan mengambil tempat di Kota Kinabalu dan Kuching pada 5 dan 8 Oktober ini.
Ia diikuti di Ipoh pada 19 Oktober, Kuantan (26 Oktober) dan Johor Bahru (1 November) di mana pelbagai aktiviti menarik telah disusun khusu buat para pelanggan Shell dan BonusLink.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.shell.com.my/menangbmw