Shell Malaysia perluas tawaran dalam talian melalui 11street

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street yang menyediakan kemudahan bagi pemilik kereta di seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (pakej Shell Helix, penapis minyak dan caj buruh) yang tulen secara dalam talian.

Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan kelak di Sabah dan Sarawak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix dalam talian. Mereka perlu menghubungi bengkel terlebih dahulu untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di kesemua 45 bengkel yang terpilih.

Seiring dengan promosi kali ini, Shell Helix dan 11street mengumumkan peraduan Belanja dan Menang bermula dari 16 sehingga 29 April 2018. Pengguna hanya perlu membeli pakej servis ini (termasuk produk Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7) dan mereka berpeluang memenangi kredit membeli belah bernilai RM500.



 

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell mengambil peluang ke atas peningkatan trend membeli belah dalam talian yang sedang berkembang pesat melalui kerjasama dengan 11street di samping memberi jaminan produk Shell Helix yang tulen serta servis yang berpatutan kepada para pengguna. 

Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan 11street menyebut, "kerjasama (Shell dan 11street) ini benar-benar mengubah cara tradisi kepada akses perkhidmatan penyenggaraan kereta. Ini sememangnya membantu pengguna mengurangkan masa menunggu dan memudahkan mereka membuat temujanji bersesuaian dengan masa sendiri."

Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga turut layak mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Pelbagai ganjaran SHARE turut ditawarkan seperti produk percuma Shell Helix (beli tiga percuma satu), peringatan servis dan juga promosi bermusim yang berkaitan. 

Manakala bagi pengguna kereta yang berusia (kurang lapan tahun dan 150,000 km bacaan odometer) juga layak mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menggunakan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

Pengguna boleh melayari Gedung Rasmi Shell 11street di alamat berikut: 
www.11street.my/promotion-page/shell-official-store

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi menjamin hak pengguna dan perniagaannya Shell bertindak aktif dalam memudahkan pelanggan setia…
Berita Domestik
Menerusi program Shell Rimula Ultimate Stopover ini, mereka yang bertuah berpeluang untuk menimba…
Berita Global
Pertandingan Shell Eco Marathon Asia yang berlangsung sekarang di Singapura bukan mempunyai tujuan…