Shell Malaysia MotoGP Experience singgah ke Pantai Timur!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pertama kali, Shell Malaysia selaku penaja utama Malaysian Motorcycle Grand Prix 2019 menganjurkan tontonan secara langsung siaran MotoGP buat kali pertama di Kuantan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Acara yang mengambil tempat di Lepak Luu Cafe menyaksikan siaran langsung British MotoGP yang disulami dengan permainan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung dan peminat MotoGP.

 


Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "Shell mengiktiraf minat terhadap sukan permotoran di kalangan rakyat Malaysia, jadi kami mahu meluaskan lagi pengalaman berharga ini buat mereka yang berada di Pantai Timur.

"Kami berasa gembira melihat kehadiran orang ramai untuk melihat siaran langsung MotoGP di Kuantan dan dalam masa yang sama menunjukkan semangat yang tinggi terhadap sukan permotoran.

 


Selain daripada acara siaran langsung, Shell Malaysia juga turut menganjurkan program Shell Biker Chop Chop, program kesetiaan pelanggan digital menerusi WeChat di mana para pelanggan berpeluang untuk membeli sebuah jam tangan G-SHOCK dengan diskaun yang menarik.

Program yang berlangsung sepanjang bulan September ini memerlukan para peserta mengumpul setem digital hasil pembelian bahan api, dan minyak pelincir di stesen Shell. 

 


Menjelang acara kemuncak pada 1 hingga 3 November ini, Shell Malaysia membawakan kembali Shell Hillstand untuk tahun ketiga berturut-turut.

Tiket kemasukan Shell Hillstand berharga RM60 sahaja dan para pengunjung berpeluang untuk melihat aksi yang penuh dengan adrenalin di Selekoh 13 dan Selekoh 14 Litar Antarabangsa Sepang. 
 


Selain daripada menyaksikan perlumbaan MotoGP, pelbagai acara menarik menanti seperti pameran motosikal dan aksesori Ducati, servis Shell Advance Ride Thru, baucer Shell V-Power, serta kedai yang dimiliki oleh Shell iaitu deli2go dan Costa Coffee yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. 

Tiket kemasukan Shell Hillstand boleh didapati di beberapa stesen Shell terpilih dan boleh dirujuk menerusi laman web www.shell.com.my/MotoGP