Shell Malaysia mahu tarik minat pelajar bukan kejuruteraan

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas

Pertandingan Shell Eco Marathon Asia yang berlangsung sekarang di Singapura bukan mempunyai tujuan untuk pemasaran produk Shell.

Menurut pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo, usaha Shell Malaysia ialah satu projek jangka masa panjang.

 

 

"Kami sedia maklum mahasiswa perlukan sesuatu agar mereka mampu mengaitkan apa yang dibelajar di dewan kuliah dengan realiti," ujar Iain semasa bertemu dengan Careta dan media lain di Singapura semalam.

"Pembelajaran teori lebih memberi kesan jika dapat diaplikasikan dalam kegiatan praktikal."

"Acara Shell Eco Marathon ialah platform terbaik untuk tujuan tersebut kerana mahasiwa bukan sahaja mampu mengunakan teori dan juga kepakaran pembinaan mereka, ia juga membolehkan pelajar tempatan bertanding untuk melihat kekuatan idea mereka berbanding dengan universiti-universiti lain di rantau ini," sambung Iain.

 

 

Seramai 126 pasukan dari 18 negara Asia Pasifik dan Timur Tengah akan bertanding bermula hari ini dalam Shell Eco Marathon Asia.

Iain juga menambah bahawa Shell mahukan pelajar-pelajar universiti lebih memahami krisis tenaga global dan bersama-sama mencari solusi untuk masalah tersebut.

"Penggunaan tenaga semakin lama semakin meningkat di rantau ini. Perkembangan ekonomi yang membangun di negara-negara saeperti India dan Indonesia pastinya akan melihat permintaan untuk sumber tenaga semakin meningkat," terang Iain.

Iain juga mahukan pelajar universiti tempatan lebih mampan dan lebih berdaya saing.

 

 

"Selain dari mewujudkan minat akan bidang kejuruteraan pada pelajar-pelajar negara kita, Shell Malaysia turut mahukan mahasiswa menjadikreatif dari segi menguruskan projek mereka."

Iain berkata setiap pasukan perlu membuka ruang kepada pelajar-pelajar dari fakulti lain untuk membantu pasukan mereka di dalam pertandingan Shell Eco Marathon tersebut.

"Setiap pasukan pasti perlu mencari dana untuk menghasilkan jentera yang mahu dipertandingkan. Jurutera fokus kepada jentera tetapi perlu ada tenaga mahir lain untuk memberikan penekanan terhadap sumber penajaan dan lain-lain," kata Iain.

 

 

Careta merasakan usaha Shell Malaysia ini adalah usaha terbaik dari pihak korporat untuk meningkatkan kemahiran pelajar universiti tempatan agar lebih berdaya saing.

Seorang jurutera yang mampu menguruskan sebuah projek adalah lebih baik dari seorang jurutera yang hanya fokus kepada satu bidang sahaja.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi ini bermula sekarang sehingga 18 September 2020 ini di mana para pengguna hanya perlu…
Berita Domestik
Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn…
Berita Domestik
Kempen #AkuRindu ini akan berlangsung bermula Isnin (1 Jun 2020) sehingga Khamis (4 Jun 2020)…