Shell Malaysia hapus caj RM0.50 tambah nilai kad TnG di PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia ingin meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dengan mengumumkan pemansuhan caj RM0.50 untuk setiap tambah nilai kad Touch 'n Go berkuat-kuasa serta merta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini tertakluk kepada semua 27 buah stesen minyak Shell yang terletak di sepanjang kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Lebuhraya Utara Selatan. 

Selain daripada langkah yang disebutkan di atas, Shell Malaysia juga aktif dalam memberikan ganjaran kepada para pelanggannya. 

Tahun lalu, Shell Malaysia telah melancarkan beberapa kempen termasuklah Kempen WIN 3 BMW X3 di mana para pelanggan berpeluang membawa pulang 3 unit BMW X3 xDrive30i Luxury. 

Untuk tahun 2020, Shell turut memeriahkan suasana dengan kempen "Nak Ekstra RM20,000?" yang berlangsung sehingga 9 Februari yang menawarkan hadiah utama RM20,000 serta 20 hadiah sampingan bernilai RM1,000. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Berita Domestik
“Terkini, kertas siasatan itu masih ada di Pejabat PPN apabila kita sudah menghantarnya pada Rabu…
Informasi
Menurutnya, semasa kejadian, kenderaan yang dipandu seorang lelaki dari arah utara menghala selatan…