Shell lancar rangkaian produk penjagaan kereta baharu, diskaun sehingga 20 peratus untuk tempoh terhad

oleh Mohamad Hanif|
Shell telah melancarkan barisan produk penjagaan kereta berkualiti tinggi yang direka untuk meningkatkan lagi pengalaman pemanduan pengguna dan menjadikan perjalanan yang lebih meyakinkan dan bergaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri produk Penjagaan Kereta Shell baharu itu terdiri daripada enam produk pembersihan dalaman dan luaran, yang boleh didapati di semua stesen minyak Shell.

Untuk produk penjagaan luaran, Shell menawarkan Syampu Kereta Shell, Syampu dan Lilin Kereta Shell, serta Shell Speedwax bertujuan untuk menghilangkan kesan karat, sisa minyak dan gris, serta menawarkan kilauan yang menakjubkan pada kenderaan anda.
 

Shell


Sementara produk penjagaan dalaman pula merangkumi Kain Mikrofiber Shell, Pencuci Barangan Kulit Shell, dan juga Pembersih Dalaman Shell yang direka untuk memastikan ruang tersebut bebas daripada kuman dan selamat untuk keluarga.

Kesemua produk tersebut boleh didapati di stesen Shell di seluruh Semenanjung Malaysia, dan bakal tiba di stesen Shell Malaysia Timur.

Untuk tempoh terhad, Shell menawarkan diskaun pembelian sehingga 20 peratus untuk semua produk Penjagaan Kereta Shell.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…