Shell lancar pelincir sintetik Rimula Ultra 5W 30 - minyak enjin tugas berat termaju

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia telah melancarkan dengan rasminya Shell Rimula Ultra 5W 30 yang serba baharu, yang merupakan minyak enjin diesel untuk tugas berat jenis sintetik sepenuhnya yang termaju dari Shell setakat ini.

Ia mematuhi spesifikasi ACEA E6 dan ACEA E9 Eropah serta mendapat kelulusan pengeluar untuk digunakan bagi enjin diesel ultra moden yang mematuhi piawaian pelepasan bahan cemar Euro 4 hingga Euro 6.

Shell Rimula Ultra 5W 30 serba baharu yang dijual pada harga yang berpatutan ini menawarkan hayat minyak yang lebih panjang dan selang masa penukaran minyak yang lebih lama iaitu sehingga 150,000 km, perlindungan dari kehausan enjin yang lebih baik dalam apa juga keadaan bentuk rupa bumi dan cuaca, serta ekonomi bahan api yang lebih baik. 

Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, Baljit Singh menyatakan bahawa pengenalan Shell Rimula Ultra yang serba baharu ini memperkukuhkan lagi portfolio pelincir sintetik premium Shell Rimula berkelikatan rendah di Malaysia yang turut merangkumi Shell Rimula R6 LM dan R5 LE.

 


“Sebagai pembekal pelincir terbesar dunia sepanjang 12 yang yang lalu, kami di Shell memahami keperluan para pelanggan kami. Kami adalah rakan yang boleh diharap untuk membawakan peyelesaian pelinciran yang termaju dan terbukti dengan adanya sokongan teknikal yang tiada tolok bandingnya,” kata beliau.

Bercakap semasa pelancarannya pada Shell Rimula Night 2019 yang berlangsung di Hotel Imperial di Kuching, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, May Tan berkata; “Kini terdapat peralihan global ke arah pelincir sintetik berkelikatan rendah kerana ia terbukti dapat membawakan manfaat seperti meningkatkan prestasi minyak dan enjin, memanjangkan selang masa penukaran minyak dan meningkatkan ekonomi bahan api yang secara keseluruhannya dapat mengurangkan jumlah kos pemilikan.

"Faktor ini amat penting dalam pengendalian fleet, terutamanya dalam persekitaran ekonomi kini yang begitu mencabar. Bagi kami, Malaysia adalah pasaran yang tepat dan ini adalah pasaran pertama di ASEAN yang melancarkan produk baharu yang unggul tersebut pada hari ini.”

“Shell Rimula Ultra yang serba baharu ini merupakan hasil kepimpinan teknologi Shell dalam bidang pelinciran, yang didorong oleh pembangunan dan penyelidikan bertaraf dunia serta kerjasama teknikal yang meluas dengan OEM, universiti-universiti dan badan-badan industri terkemuka,” tambah beliau lagi.
 


Satu lagi acara kemuncak pada Shell Rimula Night 2019 adalah pengumuman rasmi 13 orang pemenang bagi promosi Ultimate Stopover tahun ini.

Para pemenang akan dapat menyertai kunjungan eksklusif 5 hari 4 malam ke Barcelona yang ditanggung sepenuhnya pada bulan September untuk menikmati pengalaman ke bandar Sepanyol tersebut yang terkenal dengan seni, kebudayaan, bola sepak dan masakannya. Mereka juga akan berpeluang untuk membuat tinjauan yang mendalam ke dunia Shell Lubricants yang didorong oleh inovasi.

Promosi tahunan yang begitu dinantikan ini menzahirkan janji Shell Rimula untuk menjadi “minyak enjin yang bekerja keras seperti anda” dengan memberikan ganjaran pengalaman perhentian yang hebat di serata dunia kepada pelanggan. 

Promosi pada tahun ini diadakan dari 1 Mac hingga 30 Jun dan terbuka kepada pelanggan yang membeli mana-mana produk minyak enjin diesel untuk tugas berat atau tugas ringan dari rangkaian Shell Rimula.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Rimula Ultra 5W 30 yang serba baharu, sila layari www.shell.com.my/rimula.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran SEM Access ini dirasmikan sendiri oleh Y.B. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan…
Berita Domestik
Tahun ini merupakan pencapaian yang bermakna kerana ia merupakan ulang tahun yang ke-20 penganjuran…
Berita Domestik
Menerusi kempen musim perayaan 'Anda Beli, Kami Derma' yang kini memasuki tahun kelima, Shell…