Shell Hillstand kembali lagi di Sepang MotoGP 1-3 November ini!

oleh Mohamad Hanif|
Shell Motorcycle Grand Prix (Shell MotoGP) kembali lagi untuk tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan menghiburkan disusun khusus buat para peminat sukan permotoran tanah air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti biasa, Shell Hillstand akan membuat kemunculan kembali di Selekoh 13 dan 14 Litar Antarabangsa Sepang di mana para pengunjung akan mendapat pandangan yang lebih jelas ketika perlumbaan berlangsung menerusi dua paparan LED besar. 

Rakan teknikal Shell, Ducati Course juga akan menguasai stesen minyak Shell Lebuhraya KLIA Extension pada 31 Oktober ini yang menampilkan kedai konsep Ducati dan pam minyak eksklusif. 

Tambahan pula, sesi perjumpaan bersama-sama peminat akan berlangsung di lokasi yang sama pada 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dengan kemunculan rasmi pelumba Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci. 
 


Untuk pertama kali, Shell bakal memperkenalkan Sunset at Hillstand pada 1 November ini, di mana pengunjung akan dipertemukan dengan bintang-bintang MotoGP tahun ini. 

Seperti biasa, tidak lengkap acara MotoGP di Shell Hillstand tanpa variasi aktiviti seperti pameran motosikal Ducati, booth penjualan barangan Ducati, servis Shell Advance Ride Thru, serta baucer Shell V-Power. 

Makanan dan minuman juga turut boleh didapati menerusi Costa Coffee, Tealive dan kedai serbaneka milik Shell, iaitu deli2go. 


Tiket kemasukan ke Shell Hillstand kini dijual di beberapa rangkaian stesen minyak Shell yang terpilih pada harga RM60 sahaja. 

Untuk senarai stesen minyak yang mengambil bahagian, sila layari www.shell.com.my/MotoGP