Shell hapus caj 50 sen tambah nilai kad TnG di NKVE, ELITE dan LPT

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kepada inisiatif penghapusan caj 50 sen untuk setiap tambah nilai kad TnG di Lebuhraya Utara Selatan, Shell kini memperluaskan langkah tersebut di kesemua stesen minyak Shell sepanjang tiga lebuhraya baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga laluan baharu tersebut adalah Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Shell Malaysia kini merupakan antara syarikat yang aktif dalam memberikan ganjaran kepada para pelanggannya. 

Tahun lalu, Shell Malaysia telah melancarkan beberapa kempen termasuklah Kempen WIN 3 BMW X3 di mana para pelanggan berpeluang membawa pulang 3 unit BMW X3 xDrive30i Luxury. 

Untuk tahun 2020, Shell turut memeriahkan suasana dengan kempen "Nak Ekstra RM20,000?" yang berlangsung sehingga 9 Februari yang menawarkan hadiah utama RM20,000 serta 20 hadiah sampingan bernilai RM1,000. 

Senarai penuh stesen minyak yang menawarkan tambah nilai tanpa caj ini boleh dirujuk menerusi www.shell.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…