Shell Fleet Solutions sedia bantu pemilik fleet untuk SKDS 2.0

oleh Firdaus Razani|
Shell Malaysia sedia bantu pemilik fleet dan perniagaan dalam membuat persediaan untuk menghadapi pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) yang diumumkan pada 7 Mac 2024 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, menyatakan bahawa Shell telah bersedia dan mempunyai kepakaran dan pasukan pengurusan akaun berpengalaman untuk membantu pemilik fleet pelbagai saiz membuat persediaan untuk SKDS 2.0.

 

shell

 

Menurutnya “Di Shell, kami percaya bahawa sentuhan manusia dapat memberikan keyakinan, terutamanya bagi seseorang yang sedang menghadapi sesuatu yang asing baginya.

Pakar kami yang berpengalaman sedia memberi panduan untuk proses dua langkah SKDS.” tambahnya.

Langkah tersebut adalah;

  • Langkah pertama, syarikat perlu memohon kuota diesel bersubsidi dengan segera melalui portal MySubsidi di https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk mengelakkan kesesakan.
  • Kemudian, pemohon bakal mendapat Kad Shell untuk melayakkan mereka memperoleh diesel dengan harga subsidi

Syarikat-syarikat perniagaan mempunyai pilihan dua jenis kad subsidi diesel daripada Shell yang sedia digunakan untuk SKDS 2.0.

Pilihan pertama, iaitu Kad Shell pascabayar, disokong oleh Shell Fleet Hub, portal pengurusan kad sehenti dalam talian dan sokongan pelanggan 24 jam sehari.

 

shell

 

Pemilik fleet yang ingin menggunakan aplikasi, boleh memilih untuk mendapatkan Kad Tunai Shell bagi diesel bersubsidi yang dikhususkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).

Menurut beliau, Shell menyediakan pakej istimewa untuk meraikan pelanggan yang baru mendaftar dalam tempoh tersebut.

Dengan lebih 1,000 stesen minyak Shell di lokasi strategik di seluruh negara, ia memberikan kelebihan kepada pengendali fleet yang ingin memudahkan operasi. 

Encik Zainee bin Awang Damit, pemilik Pengangkutan Z&M memilih Kad Tunai Shell bagi diesel bersubsidi kerana mudah digunakan, fleksibel dan perkhidmatan yang mesra di stesen minyak Shell yang sering dikunjunginya.

 

shell

 

Kad Tunai Shell untuk diesel bersubsidi tidak memerlukan sebarang prabayaran dan membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran Bonuslink dengan setiap isian minyak.

Perceptive Logistics Sdn Bhd yang berpangkalan di Pelabuhan Klang, antara syarikat yang menyertai program rintis SKDS 2.0 oleh Kerajaan bermula 1 Februari 2024, menggambarkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang dirasakan asing tetapi menghargai sokongan oleh pihak yang berkenaan.

“Kami gembira kerana mendapat sokongan Shell sepanjang program rintis ini, memandangkan kami mempunyai operasi fleet yang kompleks yang melibatkan lebih 250 trak penggerak utama dengan cawangan di serata Semenanjung Malaysia.” katanya.

Shell menyasarkan untuk menjadi rakan fleet yang dipercayai di Malaysia sepanjang pelaksanaan SKDS 2.0 dan peralihan kepada e-invois yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ia sama ada perniagaan SME atau perusahaan global yang besar, Shell menyediakan penyelesaian yang lebih ringkas, lebih pintar dan lebih mampan dengan sokongan kakitangan dan kepakaran syarikat.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Dengan pengalaman lebih seabad dalam inovasi bahan api, formulasi terkini Shell V-Power Racing…
Berita Domestik
Hari ini, syarikat minyak global Shell menjawab perkara tersebut dengan berkata bahawa ia kekal "…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…