Shell Fleet Solutions, DHL Express ganding tenaga kurangkan emisi fleet

oleh Mohamad Hanif|
Shell Fleet Solutions, cabang mobiliti perniagaan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini memeterai perkongsian strategik dengan DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd dalam usaha untuk mengurangkan emisi operasi fleet syarikat itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Program Accelerate to Zero (A2Z) yang ditawarkan oleh Shell Fleet Solutions membawakan rangkaian lengkap perkhidmatan rundingan dan penyelesaian inovatif Shell menerusi program khusus untuk membantu pelanggan perancang pelaksanaan misi nyahkarbon untuk mencapai emisi sifar bersih.

Menurut Pengurus Besar Shell Fleet Solutions, Joanna Lean berkata, "Hasrat kami adalah untuk menyokong fleet di Malaysia dalam peralihan ke arah penyahkarbonan memandangkan mereka menghadapi cabaran untuk mengimbangi kos dan keperluan untuk mengguna pakai penyelesaian mobiliti rendah karbon.

"Program A2Z kami menyokong inisiatif ini menerusi penyelesaian yang kami tawarkan, yang merangkumi penyelesaian inovatif oleh Shell Recharge Solutions, Shell Telematics dan Shell Nature-based Solutions. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan DHL Express di Malaysia untuk menyumbang ke arah pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan,” ujarnya.
 

Shell


DHL Express merupakan perintis dalam memperkenalkan kenderaan komersial berkuasa elektrik di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, operasi fleet DHL Express boleh memanfaatkan kemudahan infrastruktur pengecasan di depoh dan gudang, perkhidmatan pembayaran Shell Card, serta manfaat kemudahan di cawangan peruncitan apabila mereka mengakses pengecasan pantas di stesen Shell.
 
Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo, menyatakan bahawa syarikat tersebut menyasarkan untuk mencapai emisi sifar bersih menjelang 2050.

“Sebagai penyedia perkhidmatan ekspress antarabangsa terkemuka, tanggungjawab kami adalah untuk memacu transformasi mampan bagi industri kami. Penggunaan pacuan dan bahan api alternatif serta penyelesaian tenaga bersih merupakan bidang yang penting untuk mencapai matlamat ini.

"Kami bangga kerana dapat menjalankan kerjasama yang lebih erat dengan Shell dalam langkah untuk melaksanakan penyahkarbonan. Menerusi program A2Z ini, kami boleh mengurangkan lagi impak persekitaran fleet penghantaran kami dan beralih kepada operasi yang lebih neutral iklim,” jelasnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sektor pengangkutan fleet Malaysia kini sedang berdepan cabaran seperti gangguan rantaian bekalan,…