Shell Eco-Marathon Access dilancarkan - platform dekatkan korporat dengan pelajar Universiti

oleh Mohamad Hanif|
Menyedari kepentingan dan nilai program Shell Eco-Marathon kepada para pelajar, Shell dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan Shell Eco-marathon Access (SEM Access).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran SEM Access ini dirasmikan sendiri oleh Y.B. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta dihadiri oleh Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo. 

SEM Access merupakan sebuah platform khusus buat para pelajar universiti, pasukan berpengalaman, alumni dan rakan perniagaan bagi membincangkan hala tuju dan juga masa hadapan tenaga bersama. 

Di hadapan syarikat korporat dan pemain industri yang mengambil bahagian, para pelajar serta peserta 'Make Your Future' ini akan mempersembahkan idea mereka sebelum kolaborasi antara kedua belah pihak terjalin menerusi sesi 'pitching'. 

 


Setelah itu, pihak korporat dan universiti akan menjalinkan kerjasama dua hala dalam memberikan sokongan yang diperlukan oleh para pelajar di dalam perlumbaan SEM Asia. 

Selain daripada sesi pitching itu tadi, terdapat empat bengkel yang bakal dianjurkan menyentuh aspek yang berkaitan bagi mempersiapkan para peserta menghadapi perlumbaan Shell Eco-Marathon pada Jun 2020. 

Menurut Datuk Iain Lo berkata, "kami di Shell Malaysia komited untuk membina sebuah ekosistem yang mampu membawa bersama pihak akademik dan pemain industri dalam usaha menyokong para pelajar yang memiliki keupayaan inovatif dan bakat dalam membangunkan solusi tenaga bersih. 

 


"Kolaborasi menerusi SEM Access ini diharap agar dapat menggalakkan lagi penyertaan di kalangan para pelajar di Malaysia," jelas Datuk Iain Lo lagi. 

Dalam majlis yang sama, Shell Malaysia turut menjalankan kolaborasi bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk memperkenalkan Shell Eco-Marathon sebagai projek perintis di mana para pelajar akan diberikan kredit akademik berdasarkan penyertaan mereka. 

Selain daripada itu, pengenalan kepada SEM Access telah pun berlangsung awal tahun lalu di acara Make The Future Live Malaysia di mana Shell Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman bersama enam universiti iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Monash University Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Multimedia University (MMU) dan Universiti Malaysia Sabah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Eco-marathon Asia merupakan satu platform untuk menguji tahap pengetahuan para pelajar…