Shell dinobatkan sebagai Putra Brand of the Year dan anda akan diberikan ganjaran pada 12 November sebagai tanda penghargaan

oleh SALINA JALIL|
Shell Malaysia diumumkan sebagai Putra Brand of the Year di samping memenangi anugerah Emas dalam Kategori Automotif - Bahan Api & Pelincir untuk tahun keenam berturut-turut di Putra Brand Awards 2017. Putra Brand of the Year ini diberikan kepada jenama yang terbaik yang berterusan memberikan inovasi produk serta komitmen untuk pembinaan jenama dan mempamerkan tanggungjawab sosial korporat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pemasaran di Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Ben Mahmud berkata ia adalah satu penghormatan untuk menerima dua anugerah ini dan amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Shell. Kemenangan ini tidak mungkin dilakukan tanpa sokongan 10,000 Heroes Service yang berusaha memberikan pengalaman lima bintang di stesen Shell.  Beliau juga berkata salah satu misi Shell adalah untuk menjadikan perjalanan kehidupan pelanggan lebih mudah dan kemenangan ini memberi inspirasi kepada Shell untuk meneruskan inovasi produk dan perkhidmatan kepada pelanggan untuk dijadikan alasan untuk melawat Shell.  Beliau telah menerima anugerah itu bagi pihak syarikat pada majlis penyampaian anugerah tersebut.

 

 

Tahun ini, Shell memperkenalkan bahan api baru dengan Teknologi DYNAFLEX, yang direka untuk kecekapan enjin, dan melancarkan program kesetiaan bersepadu yang dinamakan Shell Advantage and Rewards (SHARE) untuk pelanggan minyak dan rakan perdagangan minyak. Shell terus menaik taraf kedainya untuk menyediakan pengalaman runcit yang lebih baik di mana-mana, menawarkan minyak motor Shell Helix dengan PurePlus Technology, pastri berkualiti dari deli2go, kiosk servis sendiri untuk premium Costa Coffee dan penyedia makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa yang lain.
 
Sebagai tanda terima kasih, Shell memberi ganjaran dengan memberi mata (points) dua kali (2x) pada 12 November 2017 setiap kali menggunakan Kad BonusLink untuk setiap pembelian bahan api atau pelincir di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Randstad bagi Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata pencapaian Shell…
Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…