Shell beri impak besar kepada pengunjung MotoGP™ Malaysia 2018

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu untuk terus kekal di takuk yang sama, Shell Malaysia telah menghadirkan pengalaman yang sangat bermakna kepada Kejuaraan MotoGP Malaysia di Sepang pada tahun ini sebagai penaja utama kejuaraan berprestij tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara yang turut menarik perhatian ialah kehadiran Shell Hillstand dengan kedudukan yang strategik menarik perhatian para pengunjung untuk menyaksikan perlumbaan di Turn 13 dan 14, di samping memberikan siaran secar langsung menerusi paparan LED bersaiz besar. 

Selain daripada itu, Shell juga menayangkan barisan motosikal Ducati pada pintu masuk serta akses kepada pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuklah jenama di bawah naungan Shell seperti deli2go, Costa Coffee dan juga TeaLive.
 


Tidak kurang juga pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun seperti cabaran permainan video PS4 MotoGP, Super Sepak, serta Shell Reflex Challenge yang menguji ketangkasan para peserta. 

Para pengunjung MotoGP pada tahun ini disambut dengan kehadiran simulasi motosikal, panel maklumat pendidikan serta pancaran video 360° ke atas sebuah helmet gergasi yang diperbuat daripada 100% kertas yang dikitar semula. 

Buat pertama kalinya di dalam sejarah MotoGP Malaysia, Shell memperkenalkan stesen minyak mini bagi memudahkan para pengunjung mengisi bahan api Shell V-Power Racing di luar litar Sepang, manakala Shell Advance Ride Thru pula menawarkan perkhidmatan servis bergerak kepada penunggang motosikal yang membeli pelincir Shell Advance.
 


Menurut Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, "Shell selaku penaja utama untuk kejuaraan MotoGP Malaysia amat komited dalam membangunkan arena sukan permotoran di negara ini."

"Tahun ini, Shell Hillstand kami memberikan pengalaman yang serba unik kepada para pengunjung, disamping pelbagai jenis aktiviti yang mampu mencuit pancaindera mereka.

"Diharapkan kejayaan kami pada tahun ini akan menguatkan lagi keazaman untuk terus menawarkan apa yang terbaik untuk meningkatkan lagi pengalaman perlumbaan di Malaysia," ujar beliau. 

"Kerjasama teknikal di antara Ducati dan Shell telah menyumbang kepada pembangunan berterusan bahan api Shell V-Power dan minyak Shell Advance Ultra dalam apa jua keadaan, di samping memberikan pemahaman bagaimana produk kami mampu meningkatkan kuasa, prestasi, dan perlindungan kepada enjin.

"Apabila kesemua aspek berada di dalam keadaan yang sangat baik, kawalan yang diberikan akan memberikan pengalaman tunggangan yang sangat menyeronokkan sepanjang masa," tambah beliau lagi. 
 


Shell telah menjadi penaja utama untuk kejuaraan MotoGP Malaysua untuk sembilan musim daripada 10 tahun penganjuran sejak tahun 2009, dan telah bekerjasama dengan Ducati semenjak tahun 1999.

Sokongan terhadap Ducati Corse di dalam World Superbike Championship dan MotoGP World Championship diterjemahkan kepada lebih 150 kemenangan, membuktikan kolaborasi Shell-Ducati merupakan antara yang paling berjaya dan salah satu pasukan yang terkuat di dalam perlumbaan motosikal premier. 


Shell telah membawa khas pemenang daripada cabaran #ShellSelamatSampai terdiri daripada 40 orang pelajar SMK Kidurong, SMK Bintulu dan juga SMK Cyberjaya. 

Mereka diberikan penghormatan khas pit walk serta diberikan penerangan berkenaan aspek keselamatan yang diambil oleh para pelumba untuk melindungi diri daripada sebarang kecederaan. 

Para pelajar juga turut diberikan peluang untuk menyaksikan Shell Malaysia MotoGP pada 4 November di mana mereka disambut oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzaini Hussain. 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…