Shell bakal tawarkan pusat pengecasan EV di stesen minyak

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Shell kini membuka ruang kepada mana-mana pengeluar EV bagi memperluaskan lagi penawaran pusat pengecasan EV di stesen minyak, menurut salah seorang eksekutif syarikat tersebut, Mark Gainsborough.

Langkah ini bertujuan untuk menyaingi tindakan yang diambil oleh syarikat pesaing BP di dalam sektor EV, dan pada minggu lalu mereka bekerjasama dengan Greenlots bagi menyediakan fasiliti pusat pengecasan. 

Ini bukanlah kali pertama Shell menceburkan diri di dalam bidang ini, memandangkan pada tahun 2017 mereka sudah pun memperoleh NewMotion - pemilik jaringan fasiliti pengecasan terbesar di Eropah - dan membuat rundingan bersama BMW, Daimler, Ford dan Volkswagen menerusi IONITY. 

Menurut rangkaan yang dikeluarkan oleh International Energy Agency, bilangan kenderaan elektrik di jalanan bakal meningkat kepada 125 juta menjelang tahun 2030 sekaligus meningkatkan kadar permintaan terhadap pusat pengecasan. 
 


Namun pada ketika ini, bilangan fasiliti pengecasan umum dianggarkan hanyalah sekitar 430,000 unit manakala selebihnya (3 juta unit) merupakan hak milik peribadi. 

Untuk terus bergantung harap kepada produk bahan api adalah langkah yang mampu membunuh diri dan syarikat minyak sedar mereka perlu berbuat sesuatu bagi memastikan kelangsungan perniagaan berjalan seperti biasa. 

Shell turut meramalkan hampir satu perempat daripada bilangan kenderaan global bakal terdiri daripada EV menjelang tahun 2040.

Tambah Gainsborough lagi, memandangkan pasaran ini (pusat pengecasan EV) masih lagi baharu, sukar untuk ditentukan berapa banyak pelaburan yang harus dibuat. 

"Namun, sekiranya berlaku pertambahan permintaan terhadap pusat pengecasan EV, kami sedia untuk membuat pelaburan yang lebih besar untuk memenuhi kehendak pasaran," ujar beliau lagi - REUTERS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…