Shell angkat kaki dari Indonesia?

oleh Qalif Latif|
Shell telah mengesahkan penjualan keseluruhan operasi stesen minyak mereka di Indonesia kepada usaha sama antara Citadel Pacific Limited dari Filipina dan Sefas Group, pengedar pelincir Shell terbesar di negara tersebut. Penjualan ini merangkumi lebih 200 buah stesen minyak serta terminal penyimpanan bahan api

Keputusan untuk keluar daripada perniagaan runcit adalah sebahagian daripada strategi global Shell dalam menyusun semula portfolio operasi mereka. Syarikat itu kini memberi tumpuan kepada tenaga lestari, pelincir premium dan penyelesaian mobiliti masa hadapan, termasuk hidrogen dan elektrik.

Menurut Menteri Penanaman Modal Indonesia, Bahlil Lahadalia, penjualan ini adalah perkara biasa dalam dunia korporat dan tidak menggugat keyakinan pelabur asing terhadap pasaran tenaga Indonesia. Malah, beliau melihat langkah ini sebagai peluang untuk pemain tempatan memperkukuh kehadiran dalam sektor hiliran.

Shell tidak sepenuhnya meninggalkan Indonesia. Mereka hanya menyusun semula tumpuan perniagaan kepada bidang yang lebih menguntungkan dalam jangka panjang. Ia juga menunjukkan bagaimana syarikat tenaga global semakin teliti dalam memilih aset untuk kekal kompetitif dan relevan dalam era transisi tenaga.

 

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Melalui kemudahan baharu ini, pengguna hanya perlu melengkapkan verifikasi eKYC TNG eWallet sekali…
Berita Domestik
Kempen yang dilancarkan secara digital ini merupakan kerjasama antara Shell Malaysia, GrowthOps…
Berita Domestik
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain,…