Shelby American lancar Ford F-150 Centennial Edition - 800 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai satu cara memperingati minat mendiang Carrol Shelby terhadap pemanduan off-road, Shelby American telah melancarkan projek baharu yang dinamakan sebagai Ford F-150 Shelby Centennial Edition 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada F-150 Lariat 4x4 SuperCrew, trak pikap Shelby yang didatangkan dengan enjin V8 5.0 liter yang boleh menjana kuasa 400 hp.
 

F-150


Terdapat opsyen untuk menambah pengecas lampau - menjadikan angka output enjin tersebut boleh mencecah sehingga 800 hp!

Antara ciri lain termasuklah sistem penyerap hentak Fox yang boleh ditetapkan kepada mod selesa atau pengendalian off-road, sistem brek yang dinaiktaraf, rim aloi 22 inci, balutan tayar all-terrain BF Goodrich KO2, hud dengan Ram Air, tempat pemijak sisi berkuasa elektrik serta jeriji hadapan Shelby.
 

F-150


Untuk ruang kabin pula diberikan kemasan dalaman kulit dua tona, alas lantai Shelby, tingkap tinted, serta paparan nombor siri rasmi di mana hanya 100 unit sahaja yang akan dihasilkan.

Varian 400 hp akan dijual pada harga bermula dari $129,450 (RM592,557), sementara varian pengecas lampau berkuasa 800 hp boleh didapati pada harga $138,495 (RM633,961), di mana harga yang disebutkan itu tadi adalah termasuk kos untuk mendapatkan model penderma Ford F-150 Lariat 4x4.

 


Dalam perkembangan berbeza, Ford Performance turut menawarkan kit naiktaraf pengecas lampau bagi para pemilik F-150, dan berupaya menghasilkan kuasa setinggi 700 hp dan 800 Nm.

Kit bernilai $12,350 (RM56,532) itu merangkumi komponen pengecas lampau Whipple 3.0 liter, namun kit tersebut tidak sesuai dipadankan pada trak yang dilengkapi dengan sistem Pro Power Onboard.
 

F-150


Terdapat dua pilihan pakej iaitu Black Edition atau Bronze Edition, di mana kedua-dua mendapat rim aloi bersaiz 22 inci, jeriji hitam, kit merendahkan suspensi belakang, serta lencana FP700.

Tidak seperti Ford F-150 talaan Shelby, naik taraf kosmetik yang ditawarkan oleh Ford Performance ini hanya sesuai untuk pemilik yang mahukan trak pikap yang mesra jalanan.