Shelby American lancar EV pertama, khas untuk pasaran Eropah, 100 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Shelby American baharu sahaja melancarkan kenderaan elektrik pertama mereka, namun ia bukanlah sebuah kereta sports Mustang, akan tetapi sebuah SUV bernama Mustang Mach-E GT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sayang sekali, EV pertama Shelby American tidak akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat, akan tetapi ditawarkan secara eksklusif untuk pembeli di pasaran Eropah.

Shelby Mustang Mach-E GT dibina bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Carrol Shelby yang ke-100, dengan pakej pengendalian dan penggayaaan yang dikhaskan untuk 100 orang pembeli sahaja.
 

mustang


Ciri menarik termasuklah jeriji, hud, splitter hadapan, cladding sisi dan perumah cermin sisi yang diperbuat daripada gentian karbon.

Menurut Naib Presiden Operasi Shelby American, Vince LaViolette berkata, selain pengurangan berat badan dan penambahbaikan aspek aerodinamik, SUV elektrik tersebut turut direndahkan sebanyak satu inci.

Dari segi luaran, Shelby Mustang Mach-E GT mendapat kemasan jalur perlumbaan, serta lencana Shelby luar dan dalam.
 

mustang


Mengakhiri penawaran Shelby ialah sistem bunyi berprestasi tinggi (Borla Active Performance Sound System) yang mampu menjadikan pemanduan SUV elektrik tersebut lebih mengujakan.

Kenapa pasaran Eropah dan bukan Amerika Syarikat?

Menurut ahli lembaga Carrol Shelby International Aaron Shelby, “kami memilih Eropah sebagai pasaran utama Shelby Mustang Mach-E GT disebabkan jualan EV di sana adalah jauh lebih pantas berbanding pasaran Amerika Syarikat.

“Bermula dari 2016 hingga 2021, jumlah stesen pengecasan umum EV meningkat sebanyak 431 peratus di seluruh Eropah, dan ia merupakan satu peluang perniagaan yang baik untuk Shelby American.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada F-150 Lariat 4x4 SuperCrew, trak pikap Shelby yang didatangkan dengan…
Berita Global
Anda mungkin sekali memerlukan sebuah Ford Mustang Shelby Super Snake Speedster yang hanya…