Shawn Lee gondol tempat pertama dalam Kelas Sporting

oleh HEZERI SAMSURI|
Shawn Lee muncul sebagai juara Kelas Sporting untuk perlumbaan bagi musim kedua Toyota Gazoo Racing yang bermula siang tadi di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Trengganu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shawn berijrah je Kelas Sporting untuk tahun ini bersama rakan selebriti Shukri Yahaya setelah kedua-duanya memenangi tempat pertama dan kedua di dalam Kelas Promotional musim lalu.

Di belakang Shawn untuk perlumbaan pusingan pertama untuk musim kedua itu ialah Brendon Lim dan diikuti oleh Kenneth Koh di tempat ketiga.

Menurut Shawn, beliau rasa gementar pada mulanya tetapi hasil pengalaman berlumba di musim yang lalu, Shawn berjaya mengawal perasannya dan terus memandu secara konsisten sehingga tamat perlumbaan.

Untuk pelumba dari pasukan Tedco Racing, Brendon Lim, perlumbaan hari ini lebih kepada cabaran untuk memandu Vios itu secara maksimum sambil mengelak dinding-dinding konkrit.

 

 

Kenneth pula berkata beliau gementar dan melakukan beberapa kesilapan. 

"Selepas beberapa pusingan, cermin pandang belakang di dalam kabin pun turut hilang," ujar Kenneth yang berlumba untuk pasukan Panglima City Racing Team.

 

 

Shukri Yahaya pula menghabiskan pusingan kelayakan dengan sangat baik dan berjaya memulakan perlumbaan pada posisi kedua.

Sayang sekali selepas empat selekoh pada pusingan pertama, Shukri terlajak laju lantas menghentam dinding.

"Satu tayar terus pancit dan saya terpaksa kembali ke pit," ujar Shukri. 

Selepas dua pusingan, Shukri masuk kembali untuk berlumba dan mendapat tempat ke-16.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…