Shanghai kena perintah berkurung, pekerja GM tidur atas lantai kilang - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah dua tahun sejak wabak COVID-19 melanda dunia, dan kesan daripada pandemik tersebut nampaknya masih lagi kekal sehingga sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perintah berkurung yang dilaksanakan di Shanghai pada ketika ini menyebabkan dua syarikat pembekal komponen automotif iaitu Thyssenkrupp dan Aptiv terpaksa menutup sementara kilang produksi bagi membendung penularan wabak coronavirus.

Reuters melaporkan kilang GM yang digunakan untuk memasang model Chevrolet, Buick dan Cadillac dikatakan mengarahkan para pekerjanya tidur di lantai kilang bagi memastikan operasi pemasangan berjalan seperti biasa, menurut dua sumber yang rapat dengan isu tersebut.

Sementara itu, GM memberikan respons bahawa kilang tersebut beroperasi seperti biasa, namun tidak mendedahkan butiran berkenaan aturan pekerja yang dibuat.

Peningkatan kes jangkitan di China menyebabkan sesetengah pihak terpaksa mengambil langkah pengurusan tertutup bagi mengelakkan pekerjanya terdedah kepada populasi rakyat yang lebih besar.

Sebagai contoh, Foxconn dikatakan menggunakan langkah yang serupa bagi memastikan operasi pemasangan kekal berjalan seperti biasa, malah China juga turut menggunakan langkah tersebut ketika menganjurkan sukan Olimpik Musim Sejuk.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Gigafactory itu mula beroperasi pada akhir 2019, di mana pada mulanya pengeluaran hanya melibatkan…
Berita Global
Ini menandakan buat kali pertama kenderaan Tesla buatan China memasuki pasaran negara tersebut,…
Berita Global
Pembinaan kilang itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka beroperasi pada suku…