SF5 - Crossover Elektrik Pintar

oleh SALINA JALIL|
Pasaran kereta dunia semakin meriah dengan kemunculan syarikat pengeluar kereta terutamanya dari Tanah Besar China. Terbaharu, sebuah syarikat yang dinamakan SF Motors mendedahkan sebuah konsep pertama crossover elektrik mereka, digelar SF5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Antara angka menarik mengenai crossover elektrik ini ialah:

-  0-100m dapat dicapai dalam masa hanya tiga saat!

-  Jarak perjalanan hampir 500km sekali cas.

-  Bakal menerima sistem autonomi pemanduan tahap ketiga (level 3 autonomy) tahun 2020

-  Dijangka memasuki pasaran awal 2019

 

SF5

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SF Motors, John Zhang menjelaskan, “misi kami adalah untuk menjadikan kenderaan elektrik pada satu tahap yang lebih maju.”

“Bagi menjadikan alam sekitar yang lebih bersih dan kurang pencemaran, kita memerlukan lebih kenderaan elektrik (seperti SF5)” tambah beliau.

Antara ciri pintar menarik yang ada pada crossover konsep ini adalah sistem pengawasan pemandu. Sistem ini didapati mampu menghalang pemandu daripada mengoperasikan kenderaan mereka sekiranya didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

Bagi kami, ciri pintar ini merupakan satu ciri menarik yang sewajarnya ada pada semua kenderaan bagi mengelakkan kemalangan yang kebanyakannya disebabkan oleh pemandu yang mabuk.

 

Kenderaan elektrik semi-autonomi SF Motors direka dan diuji di pusat R&D mereka di Santa Clara, California dan juga Universiti Michigan. Ia bakal dihasilkan di US dan China dan dijangka memasuki pasaran awal 2019.

 

Sumber: CNBC melalui Jalopnik

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

 

Tags