SF Work Garage - Dari Kelantan ke US dan UK!

oleh HEZERI SAMSURI|
Bidang modifikasi model diecast kereta sememangnya adalah satu perkara baharu di Malaysia jika kita bandingkan dengan industri automotif negara.

Ia lebih berkait kepada gaya hidup atau lifestyle dan ia diterima sebagai salah satu cabang automotif yang mempunyai ramai pengikut.
Modenas

Kali ini Careta bertemu secara online dengan Shahrullizam Heshak, 38, anak Mersing yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Mempunyai ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Industri Selangor, Shahrullizam meninggalkan perniagaan lama beliau dalam bidang pembaikan kenderaan Kia dan Hyundai pada tahun 2018 untuk menjadi customiser sepenuh masa.

Menggunakan nama SF Work Garage, teknik Hydro Chrome yang dipelopori oleh Shahrullizam untuk model diecast ternyata memukau perhatian ramai.

 

 

"Saya mula menggunakan teknik Hydro Chrome untuk diecast yang saya custom kan dalam tahun 2017. Memang tidak ramai yang mampu membuat teknik itu di sini," ujar ayah kepada dua cahaya mata itu.

Shahrullizam mempelajari teknik tersebut dari Usahasama Garage di Johor. Teknik itu digunakan dalam modifikasi kenderaan seperti komponen-komponen motosikal.

Penjualan yang dilakukannya memberangsangkan dan Shahrullizam mula menambahkan lagi perkhidmatan beliau kepada tempahan-tempahan full customisation dan juga jualan diecast custom yang sudah siap.

 

 

Selepas melihat tempahan yang memberangsangkan, beliau nekad untuk menjadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan utama beliau.

Menurut Shahrullizam, ada empat sebab utama kenapa beliau menjadi customiser sepenuh masa.

  1. Minat yang mendalam untuk kerja seni dan custom.

  2. Peluang melangkah lebih jauh kerana tidak ramai pesaing menggunakan teknik Hydro Chrome.

  3. Pasaran yang tidak terhap kepada dalam negara sahaja.

  4. Kadar keuntungan yang menarik.

Pasaran yang benar-benar menarik perhatian pelanggan ialah diecast custom yang sudah siap untuk dijual.

 

 

 

"Ini lebih mudah dan lebih cepat. Pelanggan juga sudah boleh melihat model-model yang sudah siap," terangnya.

Shahrullizam dibantu oleh isterinya, seorang jurutera di syarikat perunding dan sama-sama mereka menggunakan tiga platform media sosial dan juga laman web rasmi SF Work Garage untuk tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan tersebut.

 - Instagram ( www.instagram.com/sfworkgarage)

 - Facebook (www.facebook.com/shahrullizamheshak)

 - Youtube Channel (www.youtubechannel.com/ shahrullizam)

 - Laman web (www.sfworkgarage.com)

Ternyata sifat profesional Shahrullizam ini banyak membantu dalam memperkembangkan perniagaan beliau.

 

 

Di dalam dunia internet dan media sosial, mempunyai satu kemahiran sahaja tidak akan mencukupi.

Shahrullizam belajar untuk mengambil gambar dan video dengan baik, serta mempunyai ketekunan dan serius di dalam melakukan pembaharuan kandungan untuk platform media sosial dan laman web miliknya.

Beliau juga sedar pasaran di luar negara jauh lebih besar dari menjadi jaguh kampung sahaja. Sehingga kini, majoriti pembelinya ialah dari UK dan US. Harga yang Careta lihat dari laman web SF Work Garage adalah bermula dari US$50 atau RM207.

Sememangnya semangat juang Shahrullizam boleh dituruti dan menjadi idola agar lebih ramai yang mahu menjadikan pentas global sebagai arena perniagaan mereka.

Tahniah!

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu…
Gaya Hidup
Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera Honda Civic Type R dalam satu acara yang dianjurkan oleh Tomica…
Berita Domestik
Namun, siapa sangka, susuk tubuh berusia 65 tahun itu sebenarnya merupakan pengumpul tegar Hot…