Sewa premis - usahawan bengkel automotif minta bantuan kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemilik-pemilik bengkel kenderaan merayu agar pihak kerajaan mendengar rintihan mereka yang semakin tersepit kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Mohd Jaafar bin Shaik Fareed, Ketua Kluster Automotif, Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), masalah utama pengusaha bengkel automotif sekarang ialah untuk mengekalkan premis-premis perniagaan mereka.

"Kami berterima-kasih kepada pihak kerajaan akan segala bantuan yang diberikan. Namun begitu, tidak ada bantuan yang melegakan kami akan masalah utama sekarang - sewa bangunan," ujarnya kepada Careta.

Jaafar berkata walaupun ada sesetengah negeri yang sudah membenarkan bengkel-bengkel beroperasi, masalah hutang akibat sewa bangunan yang tertunggak masih membelenggu mereka.

"Rata-rata pengusaha bengkel bumiputra menyewa premis mereka dan walaupun pihak bank ada menawarkan moratorium kepada pemilik premis, tidak semestinya pemilik itu melanjutkan fasiliti itu kepada penyewa.

 


 

 

"Akibatnya, ramai pengusaha tertekan kerana ada pemilik bangunan yang menjadikannya alasan untuk penyewa keluar dari bengkel-bengkel mereka," sambung Jaafar.

Pemindahan premis akan memberikan pemilik bengkel risiko yang besar untuk kehilangan pelanggan-pelanggan mereka.

"Kos untuk berpindah juga bukannya murah. Pada saat-saat genting begini, setiap sen itu sangat bermakna. Pengusaha bengkel masih perlu membayar gaji jika masih ada pekerja, dan juga modal pusingan untuk memulakan kembali perniagaan," kata Jaafar.

Masalah ekonomi yang berlarutan selama lebih setahun ini benar-benar memberi impak kepada pendapatan pengusaha-pengusaha bengkel automotif dan sewa bangunan adalah antara kos terbesar mereka.

 

 

Jaafar berharap akan ada agensi kerajaan yang tampil untuk membela nasib ribuan pengusaha bengkel automotif di seluruh negara. Beliau menganggarkan ada lebih dari 80,000 pengusaha bengkel automotif, termasuk untuk kenderaan komersil.

Jaafar pernah ditemuramah oleh Careta di dalam sesi Careta Live tempohari di Facebook Careta. 

Untuk melihat video rakaman temuramah tersebut, layari video di bawah.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
  "Dalam pemeriksaan di lima buah bengkel itu, sebanyak 66 notis saman dikeluarkan melibatkan 30…
Berita Domestik
  Sebelum ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di seluruh…