Sewa Innova untuk seludup 11 Pati dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari PDRM
Sejak beberapa bulan yang lalu, kerap kali kita dimaklumkan tentang penyeludupan pendatang tanpa izin dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mahupun kereta sedan dari pintu sempadan Malaysia-Thailand.



Terbaharu adalah penahanan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang menggunakan Toyota Innova untuk membawa masuk 11 pendatang tanpa izin (Pati) warga Myanmar berusia antara 18 hingga 43 tahun ke negara melalui pintu masuk sempadan yang sama. Kesemua Pati yang ditahan adalah lelaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lelaki tersebut  telah ditahan polis di kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran lampu isyarat Pekan Changlun, pada malam Ahad.


Kenderaan dipandu suspek ditahan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada jam 8.35 malam Ahad setelah dipandu dalam keadaan mencurigakan menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.


"Suspek dipercayai menyewa MPV berkenaan untuk membawa Pati terbabit dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi.


Rodzi berkata, siasatan juga mendapati, kesemua 11 Pati itu dipercayai masuk ke negara ini sehari sebelum itu dua lelaki warga Thailand melalui Dannok, Thailand ke pagar sempadan Bukit Tangga dan setiap Pati perlu membayar sekitar RM4,000 seorang kepada lelaki Myanmar di negara berkenaan yang bertindak sebagai ejen.


Beliau berkata, semua Pati terbabit dikatakan bersembunyi di dalam hutan selepas berjaya melepasi sempadan sebelum dijemput oleh suspek untuk dibawa ke destinasi seterusnya.

 

Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan…