Setiausaha sulit Menteri cedera akibat langgar objek di lebuhraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang setiausaha sulit kanan (SUSK) seorang menteri mengalami patah tulang hidung dan pipi selepas terbabit di dalam sebuah kemalangan di KM14.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Damansara tengah malam tadi.

Kejadian jam 12.30 pagi itu melibatkan sebuah Proton Geely X70 yang disyakki terlanggar objek besi yang berada di tengah jalan raya menyebabkan mangsa hilang kawalan dan SUV itu menghentam penghadang kiri jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal meminta orang ramai yang meihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di 03-79662176.

Objek-objek terjatuh di atas jalan raya bukanlah satu perkara baharu. Antara objek yang sering dijumpai ialah bongkah kayu dan besi pengumpil panjang.

Selain dari itu, sisa-sisa getah tayar yang meletup juga menjadi satu lagi objek merbahaya di atas jalan raya.

Untuk mereka yang menggunakan lebuhraya, hubungi operator lebuhraya berkenaan untuk melaporkan objek di atas jalanraya agar oihak peronda dapat mengalihkannya dengan selamat.

* Laporan penuh di FMT

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kementerian (Kementerian Kerja Raya) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) tidak pernah memandang ringan…
Berita Domestik
Ini kerana angka yang dilaporkan merangkumi kenderaan berdaftar sejak zaman penjajahan British.…
Berita Domestik
Laporan daripada Utusan Malaysia menyebut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof…