Setiap 24 saat berlaku korban akibat kemalangan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Ahad menggesa supaya langkah-langkah keselamatan di jalan raya terus dipertingkat berikutan berlakunya kematian setiap 24 saat.


"Setiap 24 saat berlaku korban akibat nahas jalan raya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Tema tahun ini menekankan kepentingan mengurangkan had laju di jalan raya untuk mengelak kematian dan kecederaan serius, khususnya kepada wanita dan lelaki muda, pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain yang terdedah seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

 

"Saya menggesa setiap negara, syarikat dan rakyat untuk menyokong usaha tempatan dan global bagi menjadikan jalan raya lebih selamat, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang mencatat lebih 90 peratus kematian jalan raya di dunia.

 

"Saya juga menggalakkan semua negara anggota untuk mematuhi konvensyen keselamatan jalan raya PBB dan melaksanakan pelan tindakan masyarakat menyeluruh - dan menyeru semua penderma untuk meningkatkan sumbangan kewangan dan teknikal yang sangat diperlukan melalui Dana Keselamatan Jalan Raya PBB."

 

"Sementara kita menanti mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB tahun depan untuk meningkatkan langkah keselamatan jalan raya, marilah kita mengingatkan bahawa setiap daripada kita berperanan memastikan jalan raya yang selamat," kata setiausaha agung itu.

 

Sambutan itu dirai pada Ahad ketiga November setiap tahun sebagai memperingati mangsa nahas jalan raya dan waris keluarga. Dimulakan oleh badan amal mangsa kemalangan jalan raya Britain, RoadPeace pada tahun 1993, ia kemudian diiktiraf Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2005.

 

Negara kita berada di ranking 10 teratas negara yang paling berbahaya untuk memandu dan kadar kemalangan yang membabitkan motosikal adalah tertinggi di dalam senarai kemalangan dalam negara. Jangan pandang remeh isu keselamatan dan jangan pula satu hari nanti anda turut tersenarai dalam angka  kemalangan di jalan raya

 

.

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
 "Daripada analisis yang kami buat, didapati 90 peratus kemalangan yang berlaku adalah berpunca…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata, pengangkutan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan itu semakin membimbangkan kerana…