Setia sehingga hujung usia - lelaki Kanada ini pemilik Ford Model T selama 7 dekad!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Model T merupakan kenderaan produksi massa pertama di dunia yang dihasilkan oleh Ford bermula dari 1908 sehinggalah ke tahun 1927.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa sangka, semenjak Ford Model T dihentikan daripada barisan produksi pada tahun 1927, ia masih lagi gagah dipandu di atas jalan raya dan unit yang dimaksudkan dimiliki oleh warga Kanada berusia 87 tahun!

Ini bermakna, kereta tersebut sebenarnya sudah pun berusia 92 tahun dan menurut pemiliknya, Randall Pitman, beliau telah memiliki dan memandu Ford Model T selama 7 dekad tanpa gagal. 

Ketika Pitman berusia 17 tahun, beliau bekerja secara sambilan di stesen minyak dengan pendapatan kira-kira 10 sen sejam. 

 


Namun, beliau mampu mengumpulkan pendapatannya sehingga $50 (bersamaan $538 atau RM2,219 mata wang semasa) untuk membeli sebuah Ford Model T yang kebetulan dilelong berdekatan. 

"Pada awalnya, saya ingin membida sebanyak $45 sebelum pihak pelelong berkata 'Forty-five! Who will give me 50?' (45! Siapa mahu beri saya 50?)

"Saya secara berseloroh menyahut 'Forty-seven fifty' ($47.50) dan akhinya berjaya mendapatkan unit tersebut.

 


Menurut temubual yang dijalankan oleh CBC, Pitman menjelaskan untuk mengoperasikan Model T ini adalah berbeza berbanding kenderaan moden.

Terdapat tiga pedal disertakan, di mana pedal kiri akan memasuki gear pertama apabila ditekan habis, gear neutral di pertengahan dan gear kedua apabila ia dilepaskan. 

Untuk mengundur, anda perlu menekan pedal di tengah, manakala pedal kanan pula digunakan untuk membrek. 

Untuk memecut, anda perlu mengawalnya menggunakan tuil di tangan kanan. 

Aneh bukan?  

 


Sedikit info berkenaan Ford Model T, ia didatangkan dengan enjin 177 C.I.D 2.9 liter yang mampu menjana 20 kuasa kuda yang memacu roda belakang. 

Sistem transmisi jenis planetary gear pula didatangkan dengan dua kelajuan sahaja (dan satu gear mengundur) dan untuk menghidupkan enjin ini, anda perlu menggunakan cara manual engine-cranking menggunakan kuasa tangan.

Sumber: CBC