Setelah lebih sedekad, Ken Block dan Ford berpisah!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah lebih daripada satu dekad mencapai kemenangan dan populariti menerusi Gymkhana, pemandu rali berusia 53 tahun Ken Block akhirnya secara rasmi menamatkan kerjasama dengan Ford.

Menurut Block dalam satu kenyataan, "bekerja dengan Ford selama ini merupakan satu pengalaman yang cukup menarik.

"Bermula dari berlumba di seluruh dunia, mencapai sehingga setengah billion tontonan untuk siri Gymkhana THREE hingga Gymkhana TEN, menghasilkan siri The Gymkhana Files untuk Amazon Prime, sehinggalah kepada membina jentera Ford (AWD Mustang Hoonicorn, F-150 Hoonitruck), ia merupakan satu kerjasama yang cukup baik.

 


Sebagai meraikan 'perpisahan' tersebut, Ken Block dan pasukan Hoonigan telah menghasilkan satu video dengan jentera Hoonicorn sebagai tanda ucapan selamat tinggal buat jentera kegemaran beliau.

Ford membalas kembali dengan menerbitkan sebuah video dengan mesej yang disampaikan sendiri oleh CEO Jim Farley.

Sepanjang karier beliau dengan Ford, Ken Block membawa pulang 19 kemenangan, 17 podium, dua medal X Games, serta mata terkumpul dalam World Rally Championship yang pertama kali dilakukan pada jenama tersebut oleh seorang pelumba Amerika.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini bukannya daripada Audi, akan tetapi sebuah Porsche 911 yang diberikan nama sebagai…
Berita Global
Siri video yang terbahagi kepada enam bahagian itu bakal menampilkan sebuah Audi RS e-Tron GT yang…
Berita Global
Jelas dan nyata, bentuk Hoonitron ini banyak diinspirasikan daripada jentera Pikes Peak Hill Climb…