Setelah berpisah dari Ford, Ken Block kini bersama Audi bangunkan EV!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba dan personaliti terkenal Ken Block baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan jenama Audi bagi membangunkan portfolio kenderaan elektrik jenama tersebut.

Berita ini timbul setelah pelumba rali berusia 53 tahun itu berpisah daripada rakan lamanya Ford.

"Audi merupakan satu jenama yang mampu mencetuskan minat saya terhadp sukan permotoran," ujarnya.

"Saya amat teruja untuk memulakan bab baharu di dalam karier ini, dan kami akan bersama-sama membangunkan projek yang inovatif, dan mendorong batasan mobiliti elektrik.

"Ia juga merujuk kepada prestasi, dan saya suka apa jua yang boleh membuatkan saya menjadi lebih pantas. Kenderaan elektrik mampu berbuat demikian," tambahnya lagi.

Setakat ini, Audi mahupun Ken Block tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung kerjasama antara kedua-dua belah pihak itu.

"Elektrifikasi merupakan pengubah permainan, sama seperti peranan yang ditunjukkan oleh Quattro," ujar Julius Seebach, Pengarah Urusan Audi Sport GmbH.

"Bersama dengan Ken Block, kami kini mempunyai perkara menarik yang boleh bergerak seiring dengan strategi kami.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini bukannya daripada Audi, akan tetapi sebuah Porsche 911 yang diberikan nama sebagai…
Berita Global
Siri video yang terbahagi kepada enam bahagian itu bakal menampilkan sebuah Audi RS e-Tron GT yang…
Berita Global
Jelas dan nyata, bentuk Hoonitron ini banyak diinspirasikan daripada jentera Pikes Peak Hill Climb…