Setelah 2 bulan kembali secara rasmi, Proton hantar 1,000 unit kereta ke pasaran Afrika Selatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Setelah 2 bulan kembali memasuki secara rasmi ke pasaran Afrika Selatan, jenama automotif nasional negara Proton berjaya bertapak dengan kukuh di negara itu hasil daripada populariti model Proton X50 dan Proton X70.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Sehingga kini, Proton telah berjaya menghantar 1,000 unit kereta untuk memenuhi permintaan yang kukuh dalam pasaran Afrika Selatan.

 

2

 

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata, “Penjualan pantas kenderaan kami di Afrika Selatan adalah bukti daya tarikan Proton sebagai jenama dan rangkaian model kami kepada pembeli kereta di sana."

"Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan Kumpulan CMH dan mereka telah mengendalikan banyak aktiviti untuk memberikan peluang kepada seramai mungkin warga Afrika Selatan untuk merasai rangkaian model-model semasa kami”

 

3

 

CMH Group merupakan pengedar yang dilantik oleh Proton pada bulan April 2022, syarikat itu telah meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat untuk meningkatkan akses kepada pasaran sambil turut aktif mempromosikan kenderaan Proton di media sosial.

Buat masa ini hanya X70 dan X50 sahaja yang ditawarkan untuk negara tersebut, penghantaran pertama telah dilakukan pada bulan Mei 2022 terdiri dari model X70 dan X50, manakala pelancaran semula berlangsung pada 14 September.

 

4

 

Proton Saga juga akan sertai pasaran Afrika Selatan pada tahun 2023 untuk meluaskan lagi sektor pengguna di pasaran tersebut.

Pada tahun ini, Pakistan kekal sebagai pasaran eksport terbesar dengan 2,610 unit, diikuti dengan Afrika Selatan yang terbesar dari segi jumlah walaupun merupakan tambahan baharu ke dalam senarai eksport, manakala Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengumuman tersebut dibuat semasa satu acara di Ibu Pejabat Pusat Kecemerlangan PROTON dan ia…
Berita Domestik
Proton e.MAS 7 dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta khas yang diinspirasi daripada warna…
Berita Domestik
Projek itu, yang menjangkau 60 bulan, akan menyaksikan MCE menyediakan alat ganti seperti Front…