Setel tawar pulangan tunai sehingga 10 peratus untuk pengguna kad kredit terpilih!

oleh SALINA JALIL|
Di waktu pandemik COVID-19 ini, adalah penting untuk menjarakkan kedudukan anda dan tidak merapati mana-mana individu lebih lebih lagi di tempat awam seperti di stesen minyak.


Tetapi sekiranya anda merupakan pelanggan Petronas, anda 'bertuah' dan tidak perlu risau kerana anda mempunyai satu kelebihan iaitu menggunakan aplikasi Setel di telefon anda sendiri tanpa perlu bersentuhan mahupun mendekati pekerja stesen minyak itu sendiri!


Untuk transaksi kenderaan anda, anda hanya perlu mengangkat pam dan mengisi bahan api ke dalam tangki kereta TANPA perlu menekan apa-apa papan kekunci pada pam minyak terbabit mahupun berhubung dengan pekerja atau individu lain di stesen tersebut!

 

Rangkaian stesen Petronas yang mengguna pakai aplikasi Setel ini adalah sebanyak 700 stesen dan Setel menawarkan pulangan tunai 10 peratus sekiranya pelanggan membayar dengan menggunakan kad kredit yang berkelayakan*.

 

Tawaran ini hanya sah untuk transaksi penggunaan kad kredit AmBank, CIMB, Citibank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan UOB sahaja tetapi perbankan lain pasti akan turut menyusul kemudian dan akan dimaklumkan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Iskandar Ezzahuddin berkata, “Pelanggan ketika ini menikmati manfaat pembayaran bahan api dengan menggunakan kad kredit dan mereka ini ingin manfaat yang sama ditawarkan melalui aplikasi Setel.

 

"Kini mereka boleh berbuat demikian, tanpa mengorbankan keistimewaan lain. Setel telah mencecah angka sejuta pengguna lepas sebulan diperkenalkan awal Februari lalu,” ujar beliau lagi.

 

Pulangan purata tunai  yang biasa ditawarkan adalah pada kadar lima peratus dan dengan angka ini boleh mencecah sehingga 10 peratus pulangan tunai melalui kad Citi Cash Back Visa, Citi Simplicity dan Citi Cash Back Platinum.

 

Sementara kad WISE Hong Leong Bank menawarkan sehingga lapan peratus pulangan; RHB World Mastercard Credit Card/-i menawarkan sehingga 6 peratus; manakala bagi kad-kad AmBank CARz, AmBank Islamic CARz, CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard, RHB Cash Back Credit Card/-i dan UOB One Visa Platinum/Classic pula menerima pulangan 5 peratus. Cuma pemegang kad AmBank True Visa diberikan pulangan tunai 3 peratus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada mulanya, perkhidmatan penstriman hanya dihadkan pada skrin melengkung papan pemuka, dimana…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…
Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…