Setel, Siti Khadijah derma telekung bernilai RM100k untuk 98 rumah kebajikan

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi inisiatif Setulus Kasih, Setel dengan kerjasama Siti Khadijah telah menyumbang sejumlah telekung bernilai RM100,000 kepada 98 buah rumah anak yatim, rumah kebajikan untuk golongan wanita, ibu tunggal serta kanak-kanak yang memerlukan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Empat buah rumah dan organisasi kebajikan utama yang dipilih sebagai benefisiari inisiatif Setulus Kasih ialah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Hijrah, Kompleks Darul Kifayah, serta Yayasan Kebajikan Muslim (juga dikenali sebagai MyFundAction) yang menguruskan 95 buah rumah kebajikan di bawah organisasinya.
 

setel


Majlis penyerahan sumbangan kepada MyFundAction pada tarikh 9 Jun telah dihadiri oleh Faizal Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express; Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah; di samping Suraiya Jabarudin, Pegawai Perhubungan Awam (Korporat), dan Zulkifli Baharuddin, Pegawai Perhubungan Awam (Media) – dengan kedua-duanya mewakili MyFundAction.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express, Faizal Sulaiman berkata, "Kami berbesar hati atas sambutan baik yang diterima bagi inisiatif Setulus Kasih dan turut bersyukur kerana dapat mengambil bahagian dalam usaha sama antara Setel dan Siti Khadijah untuk berkongsi keihsanan dengan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.
 

setel


Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah berkata, “Kolaborasi yang dijalin dengan Setel serta cabang khidmat penghantaran mereka, Setel Express, telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi keihsanan kepada golongan yang memerlukan. Penghantaran telekung kami yang dibuat secara efisien melalui Setel Express ke empat buah rumah kebajikan dan NGO telah membuktikan kualiti perkhidmatan mereka, yang kami percaya turut memberi kepuasan kepada para pelanggan Siti Khadijah.”

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat…
Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…