Setel, Siti Khadijah berkolaborasi sokong komuniti wanita

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena Ramadan, Setel dan Siti Khadijah akan mendermakan telekung bernilai RM100,000 menerusi inisiatif Setulus Kasih bagi menyokong komuniti wanita yang memerlukan.

Ia merupakan kerjasama terkini antara Setel dan Siti Khadijah, selepas pelancaran perkhidmatan Setel Pay di 31 cawangan Siti Khadijah di seluruh negara, serta menggunakan perkhidmatan Setel Express sebagai rakan penghantar.
 

Setel


Pengguna Setel boleh mengambil bahagian dengan menggunakan Setel Pay di mana-mana cawangan Siti Khadijah, dan sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada inisiatif derma bermula 3 April hingga 31 Mei 2022.

Setel Pay merupakan cara pembayaran tanpa sentuhan menggunakan aplikasi Setel, yang turut menawarkan mata ganjaran Mesra.

Manakala Setel Express pula menawarkan khidmat penghantaran yang lebih lancar serta mampu milik untuk para pemilik perniagaan, sekaligus memaksimumkan potensi perniagaan khususnya dalam tempoh pemulihan ekonomi negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…