SETEL PERKENALKAN KEMPEN DENGAN PULANGAN TUNAI HINGGA 10 PERATUS

oleh Hamimah Hamid|
APLIKASI pembayaran petrol Setel memperkenalkan kempen 'Semua Boleh Setel' yang menawarkan pulangan tunai kepada pengguna.

Kempen tersebut merupakan salah satu langkah Setel untuk menjadi platform pilihan dalam pembelian barangan harian serta keperluan kenderaan dan bukan hanya sekadar pengisian petrol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen yang bermula sejak 13 November 2023 itu menawarkan pengguna insentif pulangan tunai dan dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 10 peratus untuk pembelian di jenama rakan strategik 

terpilih. 

 

Selain itu, kempen terbabit juga menawarkan pulangan tunai tiga peratus untuk  transaksi seperti pembelian di kedai dan dalam talian, parkir kenderaan, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, dan bantuan auto 24 jam.

 

Info utama kempen 'Semua Boleh Setel' tersebut adalah ;

 

*Pulangan tunai 10 peratus untuk jenama terpilih*

 

Bermula dari 13 November 2023 hingga 12 Januari 2024, pengguna akan menerima ganjaran dengan pulangan tunai 10 peratus, terhad pada RM5 sebulan, apabila membeli barangan menggunakan aplikasi Setel. Rangkaian perniagaan yang terpilih:

●      KK SUPER MART

●      Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)

●      Village Grocer

●      PLUS R&R

●      Ben's Independent Grocer

●      Pasaraya OTK

●      Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)

●      Loob Holding (Tealive)

●      Chatime

●      Pasta Panas

●      Café Mesra

●      Bake With Yen

●      BSC Fine Foods

●      Leisure Grocer

●      redBus

 

*Pulangan tunai untuk pembelian di kedai, dalam talian dan keperluan kenderaan*

 

• Pulangan tunai hingga RM300 untuk takaful atau insurans kenderaan: Nikmati pulangan tunai hingga 10 peratus bagi setiap takaful atau polisi insurans kenderaan yang dibeli, terhad pada RM300.

 

• Pulangan tunai 50 peratus untuk tempat parkir: terhad pada RM2 setiap transaksi dan boleh menebus manfaat ini sebanyak tiga kali bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh kempen.

 

• Pulangan tunai RM20 untuk bateri kereta: Gunakan Aplikasi Setel untuk dapatkan penggantian bateri yang pantas dan nikmati pulangan tunai RM20.

 

• Pulangan tunai 3 peratus untuk bayaran selain petrol: Dari 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023, bakal mendapat pulangan tunai 3 peratus, terhad pada RM5 sebulan, apabila menggunakan Setel untuk pembayaran parkir, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan kenderaan atau pembayaran di kedai dan dalam talian.

 

• Pulangan tunai hingga RM800 untuk pembelian atau penjualan kereta: Dari 1 November hingga 31 Disember 2023, nikmati Pulangan Tunai Setel RM350 untuk penjualan kereta melalui myTukar dan Pulangan Tunai Setel RM450 untuk pembelian kereta melalui myTukar.

 

• Hingga 3 kali mata ganjaran Mesra untuk petrol: Nikmati hingga 3 kali mata ganjaran Mesra untuk setiap satu liter petrol yang dibeli dan berpeluang menikmati 1.5, 2 dan hingga 3 mata mata ganjaran.

 

• 3 kali mata ganjaran Mesra untuk Kedai Mesra dan Deliver2Me: Dari 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023, dapatkan 3 kali mata ganjaran Mesra untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di Kedai Mesra dan Deliver2Me, dengan maksimum 500 mata sebulan dan jumlah transaksi minimum RM1.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, aplikasi Setel merupakan usaha untuk memupuk mobiliti yang inklusif selain menghargai pelanggan dengan promosi yang menarik.

 

"Kami teruja untuk melancarkan kempen ‘Semua Boleh Setel’ dengan kerjasama rakan strategik yang dihargai. 

 

Inisiatif ini bertujuan menghargai pengguna dengan promosi pulangan tunai yang menarik, selain menandakan satu lagi usaha dalam mencapai matlamat menyeluruh kami untuk memupuk mobiliti yang inklusif.” katanya.

 

Penulis: Firdaus Razani