Setel menyerikan penutup tahun 2022 dengan cabaran, “One To Win”!

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bagi meraikan tahun 2022 sebelum ia melabuhkan tirainya, Setel telah mengadakan cabaran “One To Win” bermula 6 hingga 31 Disember kepada semua pengguna Setel untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui aplikasi Setel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengguna Setel boleh sertai cabaran tersebut dengan beberapa langkah mudah, anda hanya perlu memilih hadiah mingguan yang diinginkan dan membeli penyertaan cabaran “One To Win” dengan bayaran RM1 untuk berpeluang memenangi hadiah berkenaan.

Cabaran ini akan dilakukan dalam tiga fasa yang menampilkan empat hadiah mingguan baharu dan pengguna boleh membeli sebanyak empat penyertaan bagi setiap minggu, terhad kepada satu penyertaan bagi setiap hadiah.

Pemenang akan dimaklumkan melalui peti masuk di aplikasi Setel  dan diumumkan di laman web Setel serta laman rasmi Facebook, Twitter serta Instagram milik Setel.

Setel juga akan memulangkan semula wang bayaran kepada pengguna yang tidak terpilih sebagai pemenang cabaran tersebut.

Untuk sebarang maklumat mengenai cabaran "One To Win", anda boleh muat turun aplikasi Setel di Apple Store dan Google Play Store atau layari laman web Setel.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Aplikasi itu boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk…