SETEL kini boleh "settle"-kan EV!

oleh HEZERI SAMSURI|
Aplikasi Setel oleh Petronas nampaknya semakin memudahkan dan kali ini ia memperkenalkan sistem tempahan untuk pengecaj bagi pengguna kenderaan elektrik (EV).

Apa yang perlu anda lakukan ialah update aplikasi Setel anda, pilih pengecaj berdekatan dan yang bersesuaian dengan EV anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemudian, pergi ke lokasi dan mulakan sesi caj anda secara menggunakan aplikasi Setel.

Anda boleh melihat prestasi caj anda melalui Setel dan paling menarik, menerima poin Mesra jika anda membayar caj anda.

 

 

Lapan lokasi caj wujud dalam sistem Setel buat masa sekarang, dan berada di lokasi seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Ada yang percuma dan ada yang sudah mula mengenakan caj, dari serendah 50 sen untuk setiap 10 minit sehingga 1.20 seminit.

Daftar sekarang dan dapatkan rebat RM9 (untuk pengguna baharu) dengan top-up serendah RM30. Kempen ini bermula pada 25 Mei sehingga 31 Disember 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat…
Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…