Setahun menunggang bersama, Beam rekod 1.1 juta penunggang e-skuter pada tahun ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Jika anda bekerja atau tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, anda pasti akan perasan dengan kehadiran skuter elektrik jenama Beam yang memenuhi ruang pejalan kaki.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro, Beam Mobility Malaysia telah mencatatkan rekod tertinggi baharu di beberapa kawasan.

Dengan rekod baru dari segi jumlah tunggangan, penunggang, penggunaan e-skuter dan banyak lagi, ini menandakan kedatangan pengangkutan zaman baharu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Beam telah ditubuhkan di Malaysia semenjak 2019 dengan misi untuk membantu trafik di bandar mengalir dengan lebih baik di samping mengurangkan pelepasan karbon.

 

2

 

Tahun ini, Beam telah menerima lebih 80,000 pendaftaran baharu, menjadikan jumlah keseluruhan penunggang 65 % lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Selain itu, Beam juga telah meningkatkan penggunaan e-skuter baharu di kawasan utama di sekeliling negara.

Lebih 3,500 e-skuter ditempatkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari Perak, Pahang, Johor dan liputan yang lebih luas di Lembah Klang termasuk kawasan kejiranan seperti Mont Kiara, Bandar Utama, Ara Damansara, Cheras dan banyak lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia,…
Berita Domestik
Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan…
Berita Domestik
Kempen ini ingin mendemonstrasikan peranan penting yang dimainkan oleh perkhidmatan e-skuter kongsi…