Sesi ujian ART berkuasa hidrogen memasuki fasa kedua di Samarahan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: iloveborneo
Sarawak kini memulakan fasa kedua ujian latihan pembuktian konsep (POC) sistem trem Transit Aliran Autonomi (ART) di Kota Samarahan.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Difahamkan, terdapat laluan khas disediakan sepanjang 2.6 km antara dua bulatan Kuching-Samarahan Expressway yang telah ditukar menjadi persimpangan lampu isyarat pintar.

Laluan tersebut turut dilengkapi dengan teknologi pintar bagi memastikan aliran trafik bergerak lancar.

Menurut laporan TVS, kenderaan prototaip ART itu mempunyai ukuran sepanjang 30.2 meter, lebar 2.65 meter dan tinggi 3.7 meter yang mampu menampung kapasiti penumpang seramai 300 orang.

Menggunakan sel hidrogen sebagai sumber kuasa, ART ini mampu mencapai kelajuan sehingga 70 km/j.

Buat masa ini, hanya pihak berkepentingan terpilih sahaja yang dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki ART sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan data yang diperlukan.

Sumber: TVS

 

Berita Berkenaan

Informasi
Masni yang berniaga di Pasar Tamu Bintulu berkata situasi itu membuatkan dia memilih menggunakan…
Informasi
Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh Regas EV Auto Sdn Bhd, bilik pameran 1S yang terletak di dalam pusat membeli…